Sebuah Blog Informasi Yang Mengandungi Pelbagai Info - Info Menarik Dan Terkini
WOW! - [WATCH] More hot chicks & new rides in Fast & Furious 6.
Home » , , » UNIK! - Telan ikan hidup untuk ubati asma

UNIK! - Telan ikan hidup untuk ubati asma

Written By taoslayerz on Saturday, June 9, 2012 | 11:55 AM

TAOTAUAJER - Puluhan ribu penghidap asma menyerbu sebuah stadium di sini, selatan India semalam untuk menelan ikan sardin hidup yang dilumur ubat herba bagi mengubati masalah pernafasan mereka.


Laman berita Newser melaporkan, kaedah perubatan ganjil itu yang diasaskan oleh keluarga Bathini Goud, dikritik oleh kalangan doktor perubatan moden.

Namun, kritikan mereka gagal menghalang orang ramai daripada mengunjungi keluarga berkenaan pada setiap tahun selepas ramai pesakit mendakwa sembuh selepas mendapat rawatan tersebut.

Keluarga Goud mendakwa mereka menerima resipi ubat asma tersebut daripada seorang pendita Hindu sekitar 170 tahun dahulu.

Mereka memberikan ubat unik tersebut kepada pesakit secara percuma pada setiap tahun tetapi enggan mendedahkan ramuannya.

Menurut seorang ahli keluarga Goud, pendita tersebut memberi amaran bahawa ubat itu tidak berkesan jika dikomersialkan. - Agensi

.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu
Share this article :
Photobucket
Kunjungi juga Facebook Blog Taotauajer : Jom ke Page Tao TAOTAUAJER | Enhanced MyBloggerTricks.com

ARTIKEL BUSUK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. ! TAO TAU AJER - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger