TAOTAUAJER - Penunggang Honda, Marco Simoncelli dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain pada perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepang, sebentar tadi.
Sebelum itu, perlumbaan kategori berkenaan dibatalkan berikutan kemalangan yang menimpa pelumba Itali berkenaan yang terjatuh dan dilanggar Colin Edwards dan Valentino Rossi pada pusingan kedua perlumbaan terbabit.
Saksikan video kemalangan Maut Simoncelli tersebut di bawahTopi keledar Simoncelli tercabut ketika kemalangan di selekoh 11 apabila beliau tergelincir dengan motosikalnya melintang di atas litar dan ketika itu menjadi laluan Edwards dan Rossi.
Gambar kemalangan Maut Simoncelli
Rakaman Saat nahas
Rakaman Saat nahas
Gambar Marco Simoncelli di gilis dari pandangan depan...memang dahsyat !
Kalau korang tengok muka Simoncelli tersembam dan terseret di atas litar, helmet pulak tercabut.
Perlumbaan itu terus diberikan bendera merah dan Simoncelli yang kaku di atas litar terus dibawa ke pusat perubatan menggunakan ambulans dalam pukul 4.05 petang.
Simoncelli kemudian dibawa dengan ambulans ke pusat perubatan di litar itu. Pihak MotoGp kemudiannya mengumumkan berita kematian Marco Simoncelli di laman web MotoGP.
Edwards yang menunggang Yamaha turut terjatuh tetapi terselamat daripada sebarang kecederaan serius manakala Rossi berupaya dapat menunggang motosikalnya balik ke pit.
Edwards yang menunggang Yamaha turut terjatuh tetapi terselamat daripada sebarang kecederaan serius manakala Rossi berupaya dapat menunggang motosikalnya balik ke pit.
Kalau korang nak tau Kematian Simoncelli itu adalah kematian pertama di MotoGP sejak Daijiro Katoh, dan juga Gresini , meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami pada tahun 2003 di Grand Prix Jepun. Kemalangan maut terakhir dalam siri kejohanan dunia sewaktu Moto2 pelumba Showa Tomizawa telah terbunuh pada Misano September lalu.
Tao rasa Simoncelli bukan mati sebab kemalangan tersebut tetapi berkemungkinan sewaktu menunggang motosikal tersebut... cube korang tengok betul2 awal2 lagi dye bawak moto dah ilang kawalan tetapi dye tak lepaskan moto means that dye pengsan or mati atas moto dan mot tersebut melencong ketepi dan berkemungkinan gengaman tangan pada trottel moto tersebut terpulas disebabkan tangan yang jatuh dan moto tersebut masuk semula kedalam litar dan dilanggar oleh rossi dan edward.
Kalau ikot prosedur keselamatan sekiranya moto jatuh pemandu hendak lah melepaskan diri dari motor , tapi! dari kejadian ini kenapa Simoncelli tak lepas kan moto???