Breaking

Sunday, October 23, 2011

Wow! Syaqirin terjemah semangat juang

TAOTAUAJER - Semangat juang tak semesti nyer kita perlu pergi berjuang, tetapi pelbagai semangan juang yang lain dapat menunjukkan semangat seseorang itu. Bagi Mohd. Syaqirin menonjolkan semangat juang nyer dengan mengumpul model dan mahir tentang dunia ketenteraan.


SEJAK kecil Mohd. Syaqirin didedahkan dengan dunia ketenteraan apabila sering ke tempat kerja bapanya, Kapten (B) Mohd. Sanusi Samsuddin.

Di situ, dia mempelajari macam-macam perkara dan benda baru tentang operasi tentera darat walaupun terlalu awal buat kanak-kanak lelaki sepertinya.

Bagaimanapun semua pengetahuan tersebut berguna untuk mendalamkan minat Penolong Pengarah Kejuruteraan Operasi Hospital Umum Sarawak ini.

Biarpun, tidak menyarung pakaian tentera, namun hari ini Mohd. Syaqirin cukup berbangga kerana semangat juang sudah meresap dalam jiwanya.

Pemilik Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor ini mahir tentang dunia ketenteraan.

“Disebabkan terlalu minat, saya memasuki sebuah forum ketenteraan di Internet dan berjumpa dengan pencipta model ketenteraan pula,” katanya yang ditemui di kediamannya di Shah Alam, Selangor pada Khamis lalu.

Memang cukup teruja melihat sebanyak 36 jenis model tentera udara dan darat yang dibentangkan di ruang tamu rumahnya.

Antaranya model jet pejuang SU-30MKM untuk Tentera Udara Malaysia (TUDM), F16 Blok 52 Sufa (Israel) dan F/A-18D (Amerika Syarikat).

Begitu juga dengan kereta kebal yang terdiri daripada Stricker, Abrams dan Challenger pelbagai model.

Dalam pada itu, lelaki yang baru menamatkan zaman bujang dengan Rosidah Shamsuddin, 26, pada 14 Oktober lalu ini kelihatan cukup berhati-hati memegang setiap modelnya. Bimbang andai cara pegangan boleh menjejaskan warna dan aksesori model.

Anak sulung daripada enam beradik ini memberitahu bahawa dia menitikberatkan aspek keselamatan ‘aset’ miliknya yang kini mencecah RM20,000.

Dia begitu prihatin kerana semua hartanya itu sukar untuk diperbaiki andai mengalami sebarang kerosakan. Proses membaiki pula memakan masa berjam-jam bergantung kepada jenis kecacatan.


Tao pernah menemuramah mereka ini dan akan datang tao akan cerita kan secara detail tentang hobi pengumpul Model seperti ini.


SUMBER | Utusan Malaysia
Adbox