3 tempat yang dilanda gempa bumi serentak adalah Jepun, China dan New Ireland, Papua New Guinea kesemuanya berukuran lebih dari 5.0 Skala Richer.
Tiga buah negara termasuk Jepun, China dan Papua New Guinea dilanda gempa bumi kuat dalam tiga kejadian berasingan hari ini.
Gempa bumi sekuat 6.3 skala Richter melanda wilayah New Ireland, Papua New Guinea manakala Xinjiang, China pula dilanda gempa bumi sekuat 5 pada skala Richter kira-kira pukul 3.05 pagi (3.05 pagi waktu Malaysia).
Gempa bumi kekuatan 6.2 skala Richter pula melanda wilayah Fukushima, Jepun pada pukul 3.51 pagi waktu tempatan, iaitu kawasan yang sama dilanda gempa bumi kuat dan tsunami pada Mac lalu.
1) Gempa bumi 6.2 di Timur Fukushima, Jepun
1) Gempa bumi 6.2 di Timur Fukushima, Jepun
Gempa bumi kuat sekali lagi menggegarkan timur laut Jepun, wilayah yang sama berlaku gempa dan tsunami terburuk di negara itu pada Mac lalu, kata Jabatan Kaji Selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS).
USGS berkata, gempa bermagnitud 6.2 itu melanda pada jam 3.51 pagi Isnin (waktu tempatan) dan berpusat pada ke dalaman 35.6 kilometer di Lautan Pasifik serta 94 kilometer (km) timur Fukushima.Pusat gempa adalah pada ukuran 282 km di timur laut Tokyo. – AP
2) Gempa bumi 5.0 Magnitud di Wilayah Barat Xinjiang, China
Gempa bumi berukuran 5.0 magnitud melanda wilayah barat Xinjiang, China awal pagi tadi, kata ahli seismologi.
Gempa bumi pada jam 3.05 pagi waktu tempatan pada kedalaman 15 kilometer dengan pusat gempa 285 kilometer dari tenggara Altay, bandar berhampiran sempadan Mongolia.Tiada laporan awal mengenai jumlah kematian. – AFP
3) Gempa bumi 6.2 Magnitud di New Ireland, Papua New Guinea
Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan wilayah New Ireland, Papua New Guinea awal pagi ini.
Penyelidik Geologi Amerika Syarikat berkata, pusat gempa dengan kedalaman 34.50 kilometer pada awalnya berada pada kedudukan 3.2134 darjah latitud selatan dan 150.6716 darjah longitud timur. – BERNAMA
Bacakan lagi post-post lain berkaitan dengan gempa bumi
- Tsunami di Jepun ini juga tertulis di dalam Al-Quran.
- Khalimah Allah muncul sewaktu Tsunami di Jepun.
- tau tak macam mana kebocoran reaktor nuklear berlaku
- Dokumentari disebalik gempabumi 2011
- Bencana Tsunami seperti telah diramal dalam permainan Card Illuminati