TAOTAUAJER - SEKARANG ni pergi mana-mana pun pasti banyak terjumpa gerai-gerai durian yang dibuka di tepi jalan. Memandangkan kini musim durian maka berlumba-lumbalah peniaga mencuba pelbagai strategi untuk melariskan jualan mereka.
Ada yang bagi makan sampai kenyang dengan harga yang telah ditetapkan namun ada lagi satu strategi ni yang pastinya pantas menarik perhatian pembeli wanita dan gadis-gadis di luar sana.
Caranya mudah sahaja iaitu dengan meletakkan lelaki berbadan sasa dan kacak sebagai pelaris jualan!
Berkongsikan fotonya sedang ‘bermain’ dengan raja buah itu, jejaka yang dikenali sebagai Jordan Yeoh bukan sahaja menayang wajah dan badan sasa, sebaliknya turut mengopek dan membelah buah durian untuk pelanggan di sebuah gerai di kawasan kejiranan Taman Tun Dr Ismail, Damansara.
Mula-mula pakai singlet, lepas tu terus buka baju menampakkan six pack!
Berdasarkan laman Facebooknya, Jordan sememangnya seorang yang obses dengan kesihatan dan sering kali berkunjung ke pusat gimnasium untuk mendapatkan bentuk badan idaman.