Breaking

Sunday, July 12, 2015

NGERI! - Video Pergaduhan Besar Di Plaza Low Yat

TAOTAUAJER - Tujuh lelaki menyerang dan merosakkan sebuah kedai telefon bimbit di tingkat bawah Plaza Low Yat, di sini, 7.50 malam tadi.


Sumber polis berkata, suspek memecahkan peralatan di dalam kedai itu selain turut memukul pekerja kedai berkenaan.

Katanya, kerugian dianggarkan lebih RM 70,000. “Kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila salah seorang rakan suspek ditahan pengawal keselamatan Plaza Lowyat kerana didakwa mencuri telefon bimbit di kedai itu sebelum diserahkan kepada polis.

Menurut satu sumber, lelaki melayu tersebut ditangkap kerana mencuri handphone, kemudian suspek dibawa ke management lowyat, dan kes ini telah selesai, suspek pun di lepaskan. Akibat tidak berpuas hati. Suspek membawa rakan-rakannya ke kedai handphone Oppo dan terus memukul lelaki china terbabit.


Ada yang turut mengatakan bahawa penjual ini telah menjual handphone clone kepada suspek dan telah menyebabkan suspek ini berang dan beliau menuntut handphone yang original, namun si penjual telah membuat laporan mengatakan suspek mencuri handphone di kedainya. Suspek telah dibawa kebalai polis dan apabila tiba di balai polis, suspek telah menunjukkan bukti bahawa beliau telah ditipu oleh si penjual handphone dan polis melepaskan suspek setelah melihat bukti yang diberikan.

Selepas masalah dibalai selepas, suspek kemudian kembali ke kedai bersama rakannya dan menuntut bela kerana penjual telah menuduhnya mencuri.

Tonton video dibawah:

Kekecohan di Plaza Lowyat#News: Kes pergaduhan di Lowyat. Menurut laporan awal yang belum dapat dipastikan kesahihannya, pergaduhan berpunca dari seorang pemuda mencuri handphone. #PrayForLowyatBerita penuh dikemaskini di http://www.ohmedia.my/2015/07/pergaduhan-di-plaza-low-yat.html
Posted by Oh! Media on Saturday, 11 July 2015

Adbox