Breaking

Monday, July 13, 2015

GEMPAR! - LOW YATT MANDI DARAH MEREKA SUDAH MULA BERGADUH! BEBERAPA ORANG CEDERA PARAH

TAOTAUAJER - Kejadian yang menggerunkan apabila sekurang-kurangnya empat cedera termasuk petugas media dari China Press dan Sin Chew Daily dalam rusuhan membabitkan lebih 100 individu di depan Plaza Low Yat, malam tadi. 


Insiden kira-kira 12 malam itu dipercayai bermula apabila peserta perhimpunan bantahan aman tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan pasukan polis dalam perbincangan.


Bagaimanapun, anggota polis berjaya mengawal keadaan itu dengan bantuan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang tiba jam 1 pagi dan susulan itu beberapa individu ditahan dan dibawa menaiki kereta peronda (MPV).

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) berada di kawasan Low Yat untuk mengawal keadaan disana. Mohon orang ramai patuh pada arahan pengawai yang bertugas.


saksikan video ini.. 

Rakaman video amukan dari bukit bintang yang berlaku dalam 1230 malam tadi.... Allahuakbar
Posted by TAOTAUAJER on Sunday, 12 July 2015

Sebelum ini, polis sudah memberi penjelasan dan tindakan yang dilakukan susulan isu pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di Plaza Low Yat malam semalam, kepada beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang datang membuat bantahan aman pada 6.30 petang tadi.

Adbox