Breaking

Tuesday, June 16, 2015

OMG! - Meloyakan Menu Ayam Goreng Kfc Bertukar Jadi Tikus Goreng

TAOTAUAJER - CALIFORNIA: Seorang pelanggan restoran makanan segera popular, Kentucky Fried Chicken (KFC) terkejut menemui makanan yang dipesannya itu merupakan seekor tikus goreng.


Devorise Dixon, memuat naik video dan gambar penemuan yang mengejut itu di laman Facebook dan kini telah tersebar di seluruh dunia sehingga menimbulkan perasaan panik terhadap pelanggan restoran itu.

"Saya kembali semula ke KFC semalam dan mengadu penemuan itu pada manager dan dia juga mengakui apa yang dilihatnya itu adalah tikus. Beliau meminta maaf, namun sudah tiba masa untuk mencari peguam. Berwaspada, jangan makan makanan segera," katanya.

Berdasarkan video, kelihatan seketul daging goreng yang tidak tumpah seperti ayam goreng KFC nampak rangup. Tetapi menimbulkan rasa pelik apabila melihat daging itu mempunyai 'ekor'.

Penemuan yang mengejutkan ini bukan berlaku di Malaysia dan difahamkan pihak KFC seluruh dunia diserang dengan pelbagai pertanyaan mengenai penemuan yang menjijikan ini.


Berikutan itu, Ibu Pejabat KFC mengeluarkan kenyataan akan menyiasat perkara berkenaan.

"Kami memandang serius akan aduan yang dikemukakan oleh pelanggan. Kami akan menyiasat perkara ini untuk memastikan ianya diselesaikan secepat mungkin,"

Sementara itu netizen pula meluahkan rasa jijik mereka sehingga memberikan gelaran baru kepada restoran itu, Kentucky Fried Rat.



Adbox