Rakaman video di bawah ini anda dapat menyaksikan air membuak - buak manakala api marak keluar dari jirat. Namun begitu yang sebenarnya kejadian ini bukan lah berlaku di Kluang sebaliknya berlaku di Taiwan pada tahun 2011.
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjelaskan video fenomena air berlumpur dan berapi yang tersebar di laman sosial sejak Jumaat sebenarnya berlaku di Pingtung, Taiwan dan bukannya di Batu Pahat, Johor.
Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) PDRM ACP Datin Asmawati Ahmad berkata fenomena itu berlaku di daerah Pingtung di mana gunung berapi lumpur Wandan memuntahkan lumpur dan mengeluarkan gas asli sekali atau dua kali setahun.
Kebakaran pula berlaku akibat tindakan penduduk setempat yang membakar gas asli itu, katanya dalam kenyataan di sini, malam Ahad.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak menyebarkan berita-berita palsu sedemikian kerana ia boleh membangkitkan pelbagai spekulasi negatif.
Beberapa laman sosial baru-baru ini menyebarkan rakaman video mengenai fenomena air berlumpur dan berapi yang didakwa berlaku di Jirat Cina Batu 4, Jalan Kluang, Batu Pahat.
Okay kita saksikan rakaman ini...
TAOTAUAJER : Kalau dari sudut sains pereputan mayat dan haiwan apabila terkumpul maka belakulah secara langsung gas matana di bawah tanah.. .munkin kerana gas dan air yg berkumpul terkandung dlm jirat itu membuat gas mantana hidup kerana pegeseran batu-batu di bawah tanah... dan gas matana sangat senstive dengan haba kepanasan berdekatan.. atau Allah ingin memberi tahu kita ia berkuasa di langit dan di bumi hanya dia lebih mengetahui.. Wallahu a’lam