Breaking

Sunday, April 19, 2015

WOW! - Inilah Misteri DisebalikTukul Mjolnir Milik Thor

TAOTAUAJER - Pasti ramai diantara pembaca adalah peminat setia sekual filem Thor mahupun The Avengers bukan?


Disini kami ingin dikongsikan tentang misteri tukul Mjolnir milik Thor. Tetapi jangan ambil hal ini secara serius pula, cuma ianya menjadi perbualan hangat di laman sosial dimana trailer terbaru filem Avengers yang memaparkan adegan di awal yang menarik perhatian semua penonton.

Antara adegan dalam trailer Filem Avengers yang menarik perhatian ramai penonton dan menjadi bualan hangat di laman sosial.

Seperti yang kita ketahui, (berdasarkan filem) tukul milik Thor tidak boleh diangkat oleh manusia biasa atau makhluk lain. Didalam filem Avengers, Hulk turut gagal untuk mengangkat tukul tersebut.

Sebuah artikel dikeluarkan majalah Wired menceritakan tukul berkuasa milik Thor, Mjolnir yang tidak boleh diangkat mana-mana pihak kecuali Thor ada mendedahkan satu alasan saintifik.

Seorang ahli fizik astronomi dari Amerika Syarikat, Doktor Neil Degrasse Tyson, menganggarkan Mjolnir seberat 12,000 trilion pound.

Tyson membuat anggaran berdasarkan spekulasi Mjolnir dibuat daripada jirim bintang nuetron kerana mitologi Norse meramalkan ia dibuat dari besi jenis uru oleh seorang tukang besi.

Jadi kiraan berat Mjolnir dibuat dengan membandingkan ketumpatan air dengan jirim bintang neutron yang mempunyai ketumpatan seratus juta gram bagi setiap sentimeter padu.

Tetapi ada sesuatu yang pelik didpaparkan dalam trailer filem terbaru Avengers.


Tidak logik sebuah meja di rumah Tony Stark, malah apa sahaja objek yang dicipta atau wujud di muka bumi ini mampu menampung beban Mjolnir. 

Adbox