TAOTAUAJER - Arizona – Muka bengis’ yang dimiliki kucing ini rupanya membawa tuah kepada tuannya, Tabatha Bundesen yang dulunya hanya bekerja sebagai pelayan.
Kini Bundesen memperolehi pendapatan lebih RM300 juta melalui kucing tersebut yang digelar Tardar Sauce, hanya semata-mata kerana rupanya yang unik itu.
Tardar yang menjadi terkenal selepas muncul dalam Youtube dua tahun lalu hingga berjaya memperolehi 15.7 juta penonton, kini jauh lebih kaya daripada artis Hollywood termasuk Nicole Kidman, Cameron Diaz dan Matthew McConaughey.
Namun kekayaan itu gagal memberikan senyuman kepada Tardar.
“Sejak muncul dalam Youtube dua tahun lalu, Tardar terus terkenal dan dalam masa singkat kucing saya memperolehi kemasyuran.
“Saya boleh berhenti kerja sebagai pelayan hanya dalam masa beberapa hari selepas dia muncul dalam media sosial dan sejak itu telefon saya tidak pernah berhenti berdering,’’ kata Bundesen.
Tardar kini memiliki 521,000 pengikut dan Instargram dan 255,000 di twitter. Mukanya yang bengis itu diabadikan di kalender, kemeja-t, gelas dan pelbagai lagi.
Dia juga menjadi model untuk makanan kucing jenama Friskies dan terbaru Tardar memiliki jenama sendiri iaitu kopi Grumppuccino.
Malah kemunculannya dalam filem Grumpy Cat’s Worst Christmas Ever telah menjadikan filem itu sebagai filem yang paling banyak ditweet ketika mula-mula ditayangkan.
TAOTAUAJER : Bila Allah hendak menurunkan rezeki kepada sesiapa yg Dia mahu... Beginilah contohnya.. Berbaik pada haiwan mmg murah rezeki di dunia dan akhirat.
TAOTAUAJER : Bila Allah hendak menurunkan rezeki kepada sesiapa yg Dia mahu... Beginilah contohnya.. Berbaik pada haiwan mmg murah rezeki di dunia dan akhirat.