Breaking

Tuesday, September 4, 2012

SUBHANALLAH! - VENUS, Kucing unik dengan 2 wajah (7 GAMBAR)

TAOTAUAJER - VENUS, Kucing unik dengan dua wajah dengan warna mata yang berbeza semakin popular di laman Youtube dan menjadi hits di masa kini. Sekali lihat gambar kucing di bawah ini kita lihat seperti seakan di edit photoshop tapi ini lah kebesaran Allah yang mencipta kucing unik ini.



Ribuan pengunjung melawati laman Facebook kucing aneh itu yang setakat ini sudah menerima 40,000 ‘like,’ sementara video mengenai kucing yang comel itu di YouTube ditonton hampir sejuta kali dalam masa beberapa hari saja.




Bulu muka kucing itu yang terbahagi secara simetri dengan warna hitam dan perang kemerah-merahan disamakan dengan versi lebih comel karektor komik, musuh Batman paling terkenal, Two-Face.


Venus mungkin kelihatan seperti ia datang dari planet lain tetapi penampilannya yang menyerlah dan warna mata yang berbeza mungkin dapat menerangkan dengan lebih mudah – perubahan genetik.

“Kami menerima pelbagai komen dari teknik Photoshop hingga kepada dakwaan kami mewarnakan sebahagian mukanya.”

“Dia dilahirkan sedemikian. Kami memiliki seekor kucing belang dan seekor hitam. Apabila saya melihat Venus kali pertama, saya berkata: ‘Oh. Ia kelihatan kombinasi kedua-dua kucing kami itu,’” kata pemilik kucing itu, Christina, dari Carolina Utara kepada rancangan Today Show.

“Ketika itu kami tidak melihat matanya. Reaksi pertama teman saya ialah: ‘Kita tidak perlukan haiwan lain lagi untuk dipelihara.

“Tetapi apabila kami lihat matanya dari jarak dekat, kami jatuh hati dengannya. dan saya berkata: ‘Kita perlu memiliki kucing ini!’


“Anda adalah bintang, Venus! Menarik!!!,” tulis seorang pengunjung dalam laman Facebook rasminya.

Seorang lagi menulis: “Kucing yang sungguh cantik. Saya begitu gembira Venus menemui kediaman yang baik dengan ibu bapa yang penyayang.”

Kini, populariti menanti Venus. Selepas muncul dalam rancangan Today Show, kucing yang berwajah luar biasa dikatakan akan membintangi video akan datang Lady Gaga.  

SUMBER : Dailymail

TAOTAUAJER - Subhanallah..mmg kagum dengan ciptaanNya. Inilah kebesaran Allah maha pencipta yang kita sendiri tertanya-tanya adakah ini benar.. ia ini benar bukan Photoshop. Dari kucing ini kita dapat melihat kebesaran kehebatan dan keindahan Allah bukan. - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa

Adbox