Breaking

Friday, July 25, 2014

GEMPAR! - Air Algerie Hilang Dari Radar Disahkan Terhempas

TAOTAUAJER - Lagi satu berita yang menggemparkan melibatkan dunia penerbangan apabila lepas satu... satu tragedi menimpa pengangkutan udara. Setelah berita sedih MH17 di tembak jatuh.. Pesawat Taiwan terhempas dan yang terbaru pulak Air Algerie pula hilang dari radar selepas 50 minit berlepas dan kini di sahkan terhempas.


Pesawat Air Algerie dengan 110 penumpang terhempas semasa dalam perjalanan dari Ouagadougou di Burkina Faso ke Algiers, menurut pegawai penerbangan Algeria.

Tidak banyak petunjuk mengenai apa yang berlaku kepada pesawat berkenaan atau penumpangnya tetapi Menteri Pengangkutan Burkino Faso, Jean Bertin Ouedrago, ia terpaksa mengubah haluan pada 0138 GMT (9.38 pagi waktu Malaysia) kerana ribut di kawasan itu.

"Saya boleh mengesahkan ia sudah terhempas," seorang pegawai penerbangan Algeria memberitahu Reuters.

Hampir separuh daripada penumpang pesawat itu adalah warga Perancis.

Penerbangan AH5017 membawa110 penumpang dan enam anak kapal. Ini merupakan nahas ketiga yang melibatkan kapal terbang penumpang dalam minggu ini.


Air Algerie flight AH5017 crashes: OfficialAir Algerie flight AH5017, en route from Burkina Faso to Algiers and carrying 110 people, has crashed, an Algerian aviation official told Reuters. A search for the plane is under way.

TAOTAUAJER : Inalillahinarojiun tak henti-henti pulak dunia penerbangan mengalami kemalangan dalam masa terdekat. Rasa fobia pulak nak naik kapal terbang. Kesampatan nanti tao akan paparkan gambar-gambar Air Algerie terhempas apabila ditemui nanti.


Adbox