Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » » » TERGEMPAR! - Pesawat MAS MH17 Terhempas Ditembak Di Ukraine [VIDEO]
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Inilah berita tergempar yang baru di khabarkan... belum habis lagi dengan misteri kehilangan kapal terbang MH370 kini kita di kejutkan pula dengan pesawat MAS MH17 pula yang di katakan terhempas di Ukraine.


'Interfax' melaporkan Sebuah pesawat Boeing 777 milik syarikat penerbangan Malaysia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

 Gambar serpihan MH17 terhempas di katakan di tembak di ruang udara Ukraine

 - LAGI GAMBAR NGERI PESAWAT MH17 TERHEMPAS DI SINI - 

"Syarikat penerbangan Malaysia mengadakan penerbangan dari Amsterdam - Kuala Lumpur berjarak 50 batu sebelum memasuki ruang udara Rusia, mula terbang rendah, dan kemudiannya ditemui terbakar di atas tanah di Ukraine," kata sumber, sambil menambah bahawa 280 penumpang dan 15 anak kapal berada di atas kapal.

Pakar tentera Dmitry Tymchuk berkata pesawat Malaysia Airlines itu terhempas di utara Torez di rantau Donetsk, menurut wartawan Ukraine Myroslava.

Kawasan ini dikawal oleh puak pemisah pro-Rusia yang sedang menentang tentera Ukraine.

Pada 8 Julai, Pentadbiran Penerbangan Ukraine menutup ruang udara kepada pesawat awam selepas sebuah pesawat pengangkut tentera ditembak jatuh.

Pesawat itu dilaporkan menyeberangi sempadan Rusia pada kira-kira 09:30 EDT.

Namun begitu, kesahihan berita ini masih diragui. Kita tunggu pengesahan daripada pihak kerajaan Malaysia. Dalam pada itu, pihak MAS mengesahkan mereka terputus hubungan dengan pesawat MH17

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.

Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, Angkatan Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh.

"Pihak angkatan tentera tidak melepaskan sebarang tembakan terhadap mana-mana sasaran di udara," katanya dalam sidang media, sebentar tadi.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat yang membawa 295 penumpang itu ditembak jatuh.

"Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka telah lakukan," katanya.

Terdahulu, media melaporkan pesawat penumpang Boeing itu terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia, malam ini.
Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam.

Kedudukan terakhir pesawat ialah di ruang udara Ukraine.- Sky News


Kenyataan MAS MH17 terhempas di Twitter


Entri terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai pesawat ‪#‎MAS‬ ‪#‎MH17‬ dalam laman Twitter


Saksikan video pesawat MH17 yang telah terhempas yang berjaya dirakamkan...



TAOTAUAJER : Takziah pada keluarga yang terlibat dengan insiden terbaru ini. Sungguhnya berita nahas pesawat MAS terhempas di Ukraine satu kejutan terhebat buat rakyat Malaysia di bulan Ramadhan ini.

.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post