TAOTAUAJER - Pernahkah anda tahu sebab mengapa 'BABI itu HARAM' ? Dari kecik sampai besar kita tahu babi itu haram. Tapi apa sebabnya? Disini ada 5 sebab TAO nak kongsikan kenapa daging babi diharamkan kepada umat Islam. Ini berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang ada...iye la...kan sebelum nih kan hangat dengan kes kandungan babi dalam makanan....
Sebab Pertama: haiwan ini jelas telah diharamkan di dalam al Quran pemakanan dagingnya.. walaubagaimanapun diharamkan kepada manusia juga menzalimi haiwan. So jangan anggap bila haiwan tuh haram..kita boleh sekse dia sesuka hati kite je ye...terdapat 4 ayat mengharamkan makan daging babi :
1. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihan ( Al-Baqarah: 173 ).
2. Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah ( al-Maidah:3 ).
3. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.( al-An'am:145 ).
4. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani ( al-nahl:115 )
Ayat-ayat di atas memang jelas mengharamkan makan daging babi…
Sebab Yang Kedua : Babi juga diharamkan makan dalam kitab Bible....bukan al-Quran sahaje Bible pun telah mewartakannya sebagai haiwan yang diharamkan makan dagingnya...Kalau kita buka kitab Bible, rujuk LEVITICUS, Chapter 11: Ayat 7 dan 8 : dia tulis
’And the swine ( pig ), though divides the hoof, having cloven hooves yet does not chew the cud, is unclean to you. Their flesh you shall not eat, and their carcasses you shall not touch. They unclean to you’.
Sebab Yang Ketiga: Makan daging babi boleh menyebabkan tidak kurang daripada 70 jenis penyakit sains kalau tak percaya..pergi kat google.com, cari maklumat tentang bahaya daging khinzir nih..nanti kita akan tau...
Sebab Yang Keempat : Tahukah anda bahawa khinzir mempunya muscle yang sedikit walaupun badan dia besar...yang besar itu disebabkan badannye penuh dengan lemak2 yang boleh menyebabkan penyakit serangan jantung dan hypertension....
Sebab Yang Kelima: Haiwan paling pengotor di dunia. letak la tempat bersih macam mana pun dia akan cuma mewujudkan suasana kotor...
Kenapa umat islam diharamkan makan babi? Semoga info ini berguna buat semua
Posted by TAOTAUAJER on Wednesday, 2 July 2014
sumber : asmadiabdulrahman
TAOTAUAJER : Nah kau banyak sebab dye, igatkan dalam Al-quran jer ada nyatakan babi nie haram bahkan di dalam kitab bible pun ada menyatakannya. Amacam and baru tahu? Sharekan pada rakan-rakan anda. Yer!
SERIUS! - Saintis Memeluk Islam Selepas Menemui Kebenaran Al-Quran Mengenai Bahaya Kuman Pada Babi -