Breaking

Thursday, June 26, 2014

MISTERI - Di Sebalik Gaya Rambut Ronaldo (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - GAYA baru potongan rambut ‘zig-zag’ bintang terkenal Portugal, Christiano Ronaldo nyata menarik perhatian dunia, selain mendapat pujian dari peminatnya, Ronaldo turut dikritik hebat.


Namun ramai yang tidak menyangka bahawa gaya ‘zig-zag’  bukan hanya menjadi fesyen terbaru penggayaan rambut pemain bola sepak tersebut tetapi ianya sebenarnya melambangkan tanda penghormatan kepada seorang kanak-kanak di Sepanyol yang terpaksa menjalani pembedahan otak akibat menghidap kanser.

Dikhabarkan,  bekas pemain bola sepak tersebut telah membiayai keseluruhan kos pembedahan kanak-kanak berkenaan, dikenali Erik Ortiz Cruz.


Pada Februari lalu, Ronaldo menyumbang sebanyak 83,000 pound sterling (RM454,844) kepada Erik bagi tujuan itu.

Terdahulu, dia juga pernah membiayai rawatan kanser yang dialami seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun pada 2012.

Dalam perkembangan perlawanan bola sepak pada saingan Kumpulan G semalam, Portugal sekadar meraih mata seri 2-2 ketika perlawanan menentang AS dan kini menyandang kedudukan tercorot kumpulan dengan pungutan satu mata.

Pasukan itu harus meraih kemenangan mengatasi Ghana dalam saingan terakhir kumpulan pada Khamis ini bagi menempah peluang mara ke peringkat seterusnya, namun segalanya masih bergantung kepada keputusan perlawanan pasukan Jerman dan AS di Arema Pernambuco.
Sumber: Sinar Harian

Adbox