Breaking

Thursday, June 26, 2014

BIAR BETUL! - Tunjuk 3 Bulan Slip Gaji Sebelum Masuk Butik Fareeda Exclusive?

TAOTAUAJER -  Inilah antara berita yang hangat di perkatakan tentang tudung Fareeda apabila untuk memasuki butiknya perlu mengemukakan slip gaji selama tiga bulan. Giller gempak!


Kalau sebelum nie kita dengar katanya orang sanggup beratur dan  tidur di kaki lima semata-mata menjadi orang terawal membeli koleksi terbaru tudung Fareeda hinggalah pengiklanan di badan pesawat, sedikit sebanyak kita pun tumpang bangga melihat kejayaan perniagaan Melayu ini.

Namun apabila diberitakan bahawa Butik Fareeda Exclusive menghendaki pelanggannya menunjukkan slip gaji selama tiga bulan sebelum memasukinya, rasa agak melampau di situ.

Perkara ini disebarkan menerusi satu status Facebook pelanggan Fareeda yang kini tersebar di media sosial.

Pada masa sama, terfikir juga kot-kot ini adalah satu fitnah semata-mata. Majoriti kaum wanita yang meminati Fareeda tahu kot skala harga tudung jenama ini jadi mereka yang tak mampu awal-awal lagi dah telan air liur saja dari jauh apatah lagi mahu memasuki butik eksklusif mereka.

Namun sekiranya ini benar, pendapatan seseorang tidak semestinya tertera pada penyata gajilah.. isteri jutawan yang duduk rumah goyang kaki dan kerjanya cuma menghabiskan duit laki manalah ada semua itu kan?

TAOTAUAJER : Tak pernah pulak dengar nak masuk kedai kena tunjuk 3 bulan slip gaji melainkan kalau nak loan barang di Courts Mammoth ke, pasar raya AEON ke etc. 

Adbox