Breaking

Saturday, June 14, 2014

BIAR BETUL! - Air Kencing Boleh Hasilkan Elektrik ?

TAOTAUAJER - Ape? biar betul air kencing boleh hasil kan elektrik. Dimana sekumpulan saintis dari Universiti Korea dilaporkan merancang menggunakan atom karbon yang boleh diperolehi daripada air kencing manusia untuk menghasilkan tenaga elektrik dengan kos yang murah.


Langkah itu boleh menggantikan penggunaan platinum dalam sel bahan api dengan karbon semula jadi yang boleh didapati dalam bahan buangan manusia, menurut laman web MailOnline.

Jong Sung-yu yang mengetuai penyelidikan itu berkata, penggunaan urin manusia untuk sel bahan api memberi faedah kepada alam sekitar dan mengurangkan pencemaran air.

Teknologi sel bahan api menggunakan tenaga kimia yang diubah kepada tenaga elektrik dengan tindak balas daripada hidrogen dan oksigen, manakala platinum menjadi pemangkin dalam tindak balas berkenaan bagi menghasilkan tenaga elektrik.

Namun, penggunaan platinum memerlukan kos yang tinggi, menyebabkan pembuatan teknologi sel bahan api tidak dapat dikomersialkan.

Dengan menggantikan platinum dengan karbon yang mempunyai elemen serupa, saintis Korea percaya mereka mampu menurunkan kos penggunaan sel bahan api.

Selain sel bahan api, karbon yang dihasilkan daripada urin manusia juga boleh digunakan dalam bateri.
SUMBER : Utusan


Adbox