
Tau tak korang budaya atau ada yang kata tabiat kencing berdiri terutama di kalangan lelaki dan wanita jugakkk….
Namun membuang air kecil secara duduk adalah sunat di sisi agama. jadi bukan kesalahan kencing berdiri itu. cuma perlu diteliti bahawa jika diamalkan kencing sambil berdiri itu, air yang sepatutnya keluar sehingga ke "titisan terakhir" akan tersumbat di dalam punci kencing. air akan bertakunglah jadinya. andainya perkara ini berlaku maka sudah boleh menimbulkan penyakit. jadi yang paling dekat ialah batu karang sebab ia terkumpul di tempat berkenaan.
So, jika anda kencing dalam keadaan mencangkung, saluran kencing dan segala yang berkaitan dengan proses pembuangan air kencing akan terbuka luas. ia juga menyebabkan berlaku pembuangan air kencing yang optimal sehingga ke "titisan terakhir".
So, jika anda kencing dalam keadaan mencangkung, saluran kencing dan segala yang berkaitan dengan proses pembuangan air kencing akan terbuka luas. ia juga menyebabkan berlaku pembuangan air kencing yang optimal sehingga ke "titisan terakhir".
Berdasarkan hadith daripada ‘Aisyah R.A:
Maksudnya: “Sesiapa yang menceritakan kepada kamu yang Nabi S.A.W. pernah kencing berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya, tidaklah baginda kencing melainkan dengan duduk.” (HR al-Tirmizi, dan beliau berkata: “Hadith ini adalah yang paling sahih di dalam bab ini.” Hadith ini juga di sahihkan oleh al-Albani di dalam sahih Sunan al-Tirmizi)
Lajnah Daimah 5/88 (Badan Tetap Fatwa Arab Saudi) apabila ditanya tentang hukum kencing berdiri, mereka menyatakan keharusannya sambil menegaskan sunatnya kencing secara duduk dengan berdalilkan hadith di atas.
Seterusnya mereka menyebut:
“Ini disebabkan (kencing secara duduk itu) ianya lebih terlindung dan lebih terpelihara daripada terkena percikan kencingnya. Telah diriwayatkan hadith tentang keringanan kencing secara berdiri dengan syarat selamat daripada terkena percikan kencing pada pakaian dan badan, dan selamat dari terdedah aurat. ”
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Huzaifah R.A. daripada Nabi S.A.W.:
Maksudnya: “Adalah baginda (S.A.W.) mendatangi kebun milik satu kaum, lalu baginda kencing secara berdiri.” Hadith ini dengan ucapan ‘Aisyah di atas tidak saling menafikan antara keduanya, ini kerana dari dua hadith di atas dapat difahami Nabi S.A.W. kencing berdiri disebabkan tempat tersebut tidak memungkinkan baginda duduk atau boleh juga difahami hadith daripada Huzaifah itu menjelaskan kepada orang ramai yang kencing berdiri itu bukanlah suatu perbuatan yang haram. Di samping itu hadith Huzaifah juga tidak menafikan yang asal hukum kencing adalah seperti yang dinyatakan oleh ‘Aisyah R.’anha yang Nabi S.A.W. kebiasaannya kencing secara duduk, dan kencing secara duduk itu adalah Sunnah Nabi S.A.W. yang bukan wajib yang menjadikan haram jika kita tidak melakukannya.”
Jadi andainya tempat itu boleh mencangkung maka korang buatlah dengan sedari diri dan insaf. Perkara mudah dan senang tidak semuanya indah. kalau mau kencing tidak payah tunggu sehingga sakit sungguh2. Ini boleh mengakibatkan mencari toilet pun tak jumpa. Ade yang terpaksa kepit paha menahan kencing....haha
P/s:Nak lagi elok dan ikot pada sunnah korang ber"dehem" sewaktu selepas kencing dan sewaktu kencing ini dapat melancarkan pergerakan air kencing dan juga dapat mengeluarkan sisa-sisa air kencing yang tertinggal.



