Breaking

Friday, May 23, 2014

SERIUS! - Hujan Meteor Dapat Dilihat Mulai Jam 8 Malam Ini Dan Esok

TAOTAUAJER - Sepertimana yang tao bagi tau sebelum ini dimana rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan juraian hujan meteor daripada Komet 209P/Linear pada 23 dan 24 Mei ini.


Iaitu pada hari ini dan esok, rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan juraian hujan meteor daripada Komet 209P/Linear dan Agensi Angkasa Negara Angkasa) menyatakan kira-kira 100 hingga 400 meteor sejam dapat dilihat dengan mata kasar pada malam ini.  Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan juraian hujan meteor buruj Camelopardalis bermula pukul 8 malam ini.

Pegawai penyelidik Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Mohammed Redzuan Tahar bagaimanapun berkata, waktu yang tepat bagi melihat juraian meteor tersebut tidak dapat dipastikan.

Hujan meteor itu boleh dilihat di kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam kawasan itu.

Selain itu, kebarangkalian untuk menyaksikan meteor itu berkurangan sedikit kerana terdapat bulan sabit tua yang akan terbit kira-kira 3 pagi pada hari ini dan esok.

Justeru itu, orang ramai yang ingin melihat hujan meteor disaran berbuat demikian sebelum bulan terbit iaitu sebelum 3 pagi kedua-dua hari berkenaan.

Disini teradapat satu info berkenaan lokasi dicadangkan bagi melihat juraian meteor di sekitar Klang Valley


Cara melihat hujan meteor

Tiada alat yang diperlukan untuk melihat hujan meteor ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah mencari ruang terbuka dengan pencemaran cahaya yang minimum, mencari dan menunggu untuk hujan meteor muncul. Ia boleh muncul dari mana-mana arah tetapi ahli-ahli astronomi antarabangsa meramalkan bahawa lebih tahi bintang akan dilihat dari langit utara. Adalah lebih baik untuk berbaring, jadi mencari tempat yang selesa jauh dari sumber cahaya buatan, di mana pandangan langit itu tidak dihalang oleh bangunan atau pokok-pokok.

Lokasi Untuk Melihat Juraian Meteor

“Peluang untuk melihat hujan meteor dari Kuala Lumpur adalah sangat tipis, melainkan jika tahi bintang itu sangat terang. Tempat yang paling hampir dengan Lembah Klang untuk melihat atau mengambil gambar yang baik hujan meteor adalah Bukit Fraser atau Bukit Tinggi di Pahang, dan mereka yang tinggal di pinggir ibu kota seperti Sekinchan, Kuala Selangor, Klang, Rawang dan Ulu Yam boleh mencuba nasib mereka untuk melihat hujan meteor ini.
sumber : Astroawani, Angkasa

TAOTAUAJER : Amacam? sekiranya berkesempatan atau ada masa yang terluang boleh la jenguk-kenguk di luar rumah dan perhatikan di langit untuk menyaksikan juraian meteor yang jarang-jarang kali kita dapat lihat.


Adbox