Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » » » » » SUBHANALLAH! - Rahsia Musytari Perisai Bumi Dalam Al-Qur'an Dan Sains
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Apakah korang semua tahu dimana planet kita mempunyai perisai yang di bina dengan 7 lapisan langit dan juga sebuah planet yang besar bagi mengelakkan daripada pelbagai objek di angkasa di bumi langsung palanet itu, Musyrari sebagai penyelamat atau perisai bagi planet bumi.


Salah satu planet yang paling besar di dalam sistem suria kita adalah planet Musytari, atau di dalam bahasa Mat salehnya, Jupiter. Planet ini bukan sahaja jauh lebih besar daripada bumi, malah ia 320 kali ganda lebih berat daripada bumi. Selain itu ia memiliki daya graviti yang sangat kuat untuk menarik pelbagai objek di angkasa ke arahnya.


Apa yang lebih menarik, rupa-rupanya planet Musytari tidak wujud sia-sia di situ, ia wujud untuk melindungi bumi daripada serangan tahi-tahi bintang yang besar, di mana sekiranya tahi-tahi bintang yang besar ini jatuh ke bumi akan mengakibatkan kerosakan yang amat dahsyat kepada bumi.

Dengan adanya gelombang magnetik yang dihasilkan oleh planet musytari ini, ia membantu menarik atau memesongkan arah tahi bintang yang besar daripada jatuh ke bumi. Mari kita ucapkan kesyukuran kepada Allah atas kewujudan planet Musytari yang melindungi bumi ini.


Berikut petikan yang diambil dari website NASA.

Jupiter has more mass than all other planets in the solar system combined. It helps protect Earth by steering comets either towards the sun or ejecting them to the outer reaches of the solar system or beyond. Jupiter has dozens of moons orbiting it, one of which, Europa, is thought to have a sub-surface liquid salt water ocean. It therefore may possibly harbor life as heat and water, the two ingredients required for life on Earth as we know it, are seemingly present below the moon’s surface. [Sumber : NASA]

Namun begitu, masih ada lagi objek-objek kecil lain di angkasa yang mampu menyerang bumi, dan memberikan akibat yang tidak kurang dahsyatnya sekiranya terhempas ke bumi. Ini kerana objek-objek ini kurang menerima kesan daripada medan magnetik yang dihasilkan oleh Musytari lantaran saiznya yang kecil.

Syukur Alhamdulillah kerana bumi masih memiliki satu lagi sistem pertahanan. Selain mendapat perlindungan daripada Musytari, ia juga memiliki 7 lapisan atmosfera yang melindunginya daripada objek-objek kecil ini seperti meteor dan komet.


7 Lapisan-lapisan atmosfera ini memberikan geseran yang cukup kuat kepada komet dan meteor yang jatuh ke bumi dan menghancurkannya atau sekurang-kurangnya mengecilkan saiznya sebelum ia jatuh ke permukaan bumi.

Hal ini menjelaskan mengapa komet dan meteor (tahi bintang) akan kelihatan berapi semasa jatuh ke bumi, ia menerima geseran daripada atmosfera dan menjadikannya sangat panas.

Selain itu 7 lapisan atmosfera ini juga memberikan perlindungan daripada sinaran Ultralembayung dari matahari yang boleh mengakibatkan kanser sekiranya terkena kulit manusia (anda boleh cari sendiri maklumat ini di internet).

Inilah gambaran yang dijelaskan di dalam Al-Quran,

"Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda yang terdapat padanya"
[Surah Al-Anbiya: 32]
Rupa-rupanya langit yang terbentang luas dan kita lihat sebagai kosong ini merupakan atap ataupun bumbung yang melindungi bumi. Malah Allah juga telah memberikan 'hint' tentang 7 lapisan langit ini di dalam Al-Quran melalui ayat,


“Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu”
[Surah Al-Baqarah: 29]
SUMBER : DetikIslam

TAOTAUAJER : Subhanallah, lihatlah betapa indahnya ciptaan Allah.. diberikan kita pelindungan oleh Planet Musytari dan juga 7 lapisan langit lagi di buktikan di dalam Al-Quran. Sebenarnya tao sendiri baru tau dimana Musytari itu salah satu perisai bumi yang menarik segala meteor yang lalu ke bumi. Subhanallah... tidak terhingga kehebatan Mu ya Allah. - Koleksi kebenaran al Quran dan Islam


.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post