TAOTAUAJAR - Kita masih tidak mendapat laporan rasmi berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 tetapi seperti dilaporkan oleh Tentera laut Vietnam mengesahkan ianya terhempas di Laut China Selatan. Hasil daripada penyebaran ini ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar Pesawat MH370 dan ianya adalah palsu.
HELIKOPTER AW139 dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bersedia untuk berlepas dari stesen Udara Maritim Subang, bagi menyertai operasi mencari pesawat penumpang MAS Boieng 777 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang dilaporkan hilang.
UPDATE terkini daripada Malaysia Airlines akan kehilangan MAS MH370
TAOTAUAJER : Seandainya benar MAS MH370 terhempas bermakna sejarah berulang buat kali kedua selepas 37 tahun yg lepas iaitu pada 4 Disember1977 pesawat MAS BOEING MH653 terhempas di Tanjung Kupang Gelang Patah yang meragut 93 penumpang dan 7 anak kapal dekat perairan Tanjung Kupang sempadan dengan Singapore. SAMA-SAMA KITA DOAKAN AGAR SEMUA KREW DAN PENUMPANG SELAMAT. Pray For MH370 - TRAGEDI MH370