Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » » » TERKINI! - Radar Tentera Vietnam Rakam Pesawat MAS Terhempas Ke Laut 246 km Selatan Pulau Phu Quoc
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Pagi tadi kita telah di gemparkan dengan berita akan kehilangan sebuah kapal terbang MAS penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi.


Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

Update dari MAS :


“Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan,” kata kenyataan itu.

Disini terdapat Updates berkaitan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 dimana Tentera laut Vietnam mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan, lapor akhbar utama Vietnam seperti dipetik oleh Yahoo News.


Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc.                                                                                                                                                                                                                              
Sementara itu, satu laporan lain menyebut tentera laut China telah mengerahkan dua kapal penyelamatnya ke Laut China Selatan untuk membantu operasi menyelamat.        
Laporan ini sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini kononnya pesawat Boeing 777-200 itu membuat pendaratan cemas di Wilayah Nanning di selatan China.                
Agensi berita Xinhua sebelum ini melaporkan pesawat berkenaan tidak memasuki ruang udara China dan tidak membuat sebarang hubungan dengan pusat kawalan trafik negara itu

Saksikan Video kehilangan pesawat #MH370 milik MAS dari radar



SUMBER : Astroawani

TAOTAUAJER : Subhanllah, apa lah nasib mereka semua yang terlibat dalam kemalangan tersebut, kini pesawat tersebut juga masih belum berjaya di jumpai. Nantikan berita susulan daripada taotauajer sama ada ia benar-benar terhempas atau tidak. Sama sama kita berdoa agar kapalterbang MAS ke Beijing ditemui dan seluruh penumpang n anak kapal selamat . - TRAGEDI MH370


.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post