Breaking

Thursday, March 20, 2014

OMG! - Lelaki Ini Suntik Minyak dan Alkohol di Lengan Untuk Kelihatan Gagah

TAOTAUAJER - Arlindo de Souza dari Brazil ini telah menyuntik satu bahan kimia campuran minyak dan alkohol ke dalam tangannya. Walaupun dia tahu yang ini mungkin memberi penyakit yang pelbagai atau maut tetapi dia masih ingin kelihatan sebegini.


Lelaki yang gagah atau mempunyai otot memang sedikit kelihatan menarik berbanding lelaki kurus tanpa otot di lengannya . Memang banyak wanita yang menyukai lelaki yang mempunyai otot , kerana wanita akan berfikir bahawa lelaki yang mempunyai otot adalah lelaki yang kuat dan dapat melindungi dirinya .

Perkara inilah yang membuat kaum lelaki rela melatih dirinya di gym selama bertahun - tahun demi mendapatkan otot yang mantap dan sempurna .


Namun , ada juga beberapa lelaki yang malas pergi ke gym untuk mendapatkan otot yang besar tersebut . Mereka lebih memilih cara mudah dan cepat tetapi akan mempunyai risiko besar .

Inilah perkara dilakukan oleh seorang lelaki berasal dari Olinda , Brazil yang bernama Arlindo de Souza . Arlindo lebih memilih menyuntikan minyak dan alkohol ke lengannya untuk mendapatkan otot yang besar yang diinginkannya .

Lelaki yang berusia 43 tahun ini mempunyai otot bisep berdiameter 73 cm , sehingga ia digelar " The Mountain " . Ia menyuntikan cecair minyak dan alkohol ke lengannya sehingga lengannya mempunyai otot yang besar .


Namun , cara ini sangat berbahaya kerana dengan cara ini boleh menyebabkan lengannya lelaki akan dijangkiti kuman . Ada beberapa lelaki yang melakukan perkara ini lalu lengannya harus di amputasi , bahkan boleh menyebabkan kematian .

Demi ingin mendapat perhatian para wanita dan juga di depan saingannya , Arlindo menyuntikan cecair minyak dan alkohol ini sebanyak tiga kali dalam seminggu selama dua bulan , sehingga mendapatkan otot yang sempurna menurutnya .

" Saya menyuntikan cecair itu , dan otot saya menjadi membesar tanpa perlu berlatih di gym , " kata Arlindo .

" Apabila saya menyuntikannya ke lengan saya , maka saya akan ingin lebih besar dan besar lagi . Bagi saya tidak ada batasnya , " tambahnya .

Seperti yang dilaporkan oleh Forum.tribunnews.com , Arlindo mengaku bahawa ketika ia menyuntikan cecair itu ke tangannya ia tidak merasakan apa - apa , yang dia rasakan sedikit pening saja , setelah itu ia merasa ok saja .

Ramuan yang disuntikan oleh Arlindo ke lengannya tersebut mengandungi banyak mineral seperti baby oil , tetapi hanya saja tidak diberi pewarna dan wangi - wangian .

Cecair ini sangat berbahaya namun sangat mudah sekali untuk mendapatkannya , kerana orang - orang boleh memesannya melalui online atau membelinya di farmasi - farmasi yang ada di Brazil .


TAOTAUAJER : Giller besar, inilah jalan mudah bagi mereka yang mengiginkan otot bisep dan trisep yang besar.. namun begitu ia berisiko tinggi dan bakal mengundang padah jika silap caranya. Pada pandangan tao keadaan ini dah seperti orang cacat,  tidak sempurna bileh dikatakan 'Un naturaly' hehe - Koleksi OMG!


Adbox