TAOTAUAJER - Sebuah pesawat peninjau jarak jauh P-3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia telah tiba di lokasi penemuan dua objek di Lautan Hindi yang disyaki serpihan pesawat MH370.
Gambaran ilustrasi membandingkan gambaran sebenar pesawat dengan objek yang berjaya di temui oleh satelit.
Berita ketibaan mereka itu diberitahukan oleh Pengurus Besar, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), John Young.
Menurut John, sebanyak tiga buah pesawat lagi telah dikerahkan ke kawasan tersebut termasuk sebuah pesawat Orion milik Tentera Udara New Zealand dan pesawat Poseidon P8 milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS).
Ekoran itu, pakar penerbangan, Bill Waddock mengarahkan sebuah lagi pesawat Hercules C-130 milik Australia untuk menjatuhkan pelampung penanda di lokasi berkenaan.
"Perkara utama yang mereka perlu lakukan ialah salah sebuah pesawat tersebut perlu meneliti serpihan berkenaan."
Pelampung itu akan menjadi penanda tempat penemuan dan menghantar data lokasi tempat berkenaan.
Peta ini menunjukkan laluan mungkin bahawa Beijing-terikat MH370 mungkin telah diambil selepas ia berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac. Ia hilang dari radar jam 02:14...
SUMBER : Utusan.
TAOTAUAJER : Lama sangat dah kehilangan pesawat MH370 nie, apa lah nasib mereka semua.. apakah masih ada harapan untuk menemui mereka semua itu? kita hanya mampu memohon kepada NYA, pelbagai cara telah kita guna, pencarian pun sudah di lakukan merata-rata.. namun tiada tanda yang jelas akan penemuan pesawat tersebut.