TAOTAUAJER - Seorang pelajar jurusan undang-undang berusia 27 tahun yang merupakan anak saudara kepada seorang timbalan menteri. Tao di fahamkan kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2.40 petang 5 march 2014. Dengan itu pelajar tersebut menjadi orang pertama bertindak terjun daripada jambatan kedua Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata, individu itu kini berada dalam keadaan stabil namun masih mendapatkan rawatan rapi di sebuah hospital di Pulau Pinang.
Menurut Lai Fah Hin lagi, dia dikatakan terjun daripada jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang baru dirasmikan Sabtu lalu dengan niat membunuh diri.
Tambah beliau, dia telah diselamatkan oleh nelayan yang berada kira-kira 500 meter daripada Kilometer 13.9 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Nama dan motif membunuh diri enggan dinyatakan oleh Lai Fah Hin.
SUMBER : astroawani.com
TAOTAUAJER : Ajer memang gila mahu bunuh diri, mentang-mentang ada jambatan baru.. dia pun nak rekod nama. Lepas ni boleh la letak tugu nama-nama yang terjun dari jambatan tu.. hehee