Breaking

Monday, March 3, 2014

SERIUS! - Inilah Gambar Kemalangan Pertama Jambatan Penang Yang Baru Dilancarkan

TAOTAUAJER - Belum genap sehari jambatan Kedua Pulau Pinang telah dirasmikan pada 1 Mac lepas oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, sudah ada kemalangan berlaku di jambatan kedua berkenaan.


Pada 1 Mac yang lalu, perasmian yang disaksikan hampir 10 ribu orang itu merupakan salah satu alternatif kepada jambatan utama ke Pulau Pinang. Jambatan kedua ini diberi nama sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah selepas diberikan perkenan.

Apa yang lebih menarik adalah sehari selepas jambatan kedua ini dibuka untuk kegunaan awam, kemalangan yang pertama sudah pun berlaku.


Kemalangan yang melibatkan sebuah kereta jenis Proton Waja dan sebuah lori mini berlaku dalam lingkungan tengah hari 1 Mac lalu.

Kemalangan itu hanyalah kemalangan yang tidak teruk dan kesemua mangsa dilaporkan selamat tanpa mengalami kecederaan serius.

Mungkin pemandu terlalu asyik dengan pemandangan di jambatan baru sehingga terlupa mengekalkan jarak di antara kenderaan. 


TAOTAUAJER : Ada yang menyatakan pemandu ini ingin menempah nama sebagai orang pertama yang kemalangan di jambatan kedua itu dan ada juga segelintir pengguna Facebook yang menggatakan hantu jambatan sudah mula mencari mangsa. Adoyai.. macam-macam, benda dah nak jadi banyak pulak pendapatnyer cuba kalau jadi kat batang hidung sendiri baru tau! 


Adbox