Breaking

Thursday, February 20, 2014

SUBHANALLAH! - Inilah Buqa'awiyya Sahabat Nabi yang Masih Hidup Hingga Kini

TAOTAUAJER - Buqa'awiyya adalah sahabat Nabi Muhammad SAW dan memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم. Buqa'awiyya adalah sebatang pokok yang dikatakan pernah melindungi Rasulullah SAW dari panas terik matahari,  dengan izin Allah S.W.T pohon ini masih hidup dan sudah berumur ribuan tahun lamanya. Sebab itu ianya digelar "the only living sahabi" atau "sahabat Nabi yang masih hidup".



Sedikit sejarah mengenainya…

Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.

Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.

Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini."

Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa'awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria. Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W 2 kali tiba di Bosra 1. Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun & bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman. 2. kali kedua rasulullah ke bosra membawa barang dagangan saidatina khadijah. apa yg menarik..selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosra sejauh lebih 500km..kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas.

Sama-sama kita saksikan video ini..


Masyallah...Satu-satunya sahabat nabi yang masih hidup dan akan terus hidup hingga hari kiamat.
Posted by TAOTAUAJER on Saturday, 15 February 2014

sumber : luvislam92

TAOTAUAJERLihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah² padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua, ALLAHU ALLAH. - Koleksi Artikel Islamiah

Adbox