Breaking

Thursday, October 24, 2013

SERIUS! - Kenapa Mufti Australia Menggesa Umat Islam Lakukan Solat Hajat

TAOTAUAJER - Mungkin ramai yang tak tau apa yang sedang berlaku di Australia sangat membimbangkan sehinggakan di isytihar darurat dan sehinggakan Mufti Australia menggesa umat Islam di Australia melakukan solat hajat...Kenapa?


AUSTRALIA. Mufti Australia menggesa umat Islam di Australia melakukan solat hajat memohon hujan susulan kebakaran mega yang makin merebak di tenggara negara itu.

Ibrahim Abu Mohamed meminta 350,000 penduduk Muslim berbuat demikian selepas kebakaran gagal dikawal.

“Solat hajat adalah tradisi dalam Islam. Kami memohon hujan bagi membantu mengurangkan suhu panas melampau,” katanya dalam laporan dpa.

Sejak minggu lalu, pasukan bomba gagal mengawal kebakaran hutan yang kini sudah merebak kira-kira 110,000 hektar dan memusnahkan lebih 200 rumah di New South Wales.



Pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba Pedalaman Shane Fitzsimmons berkata, kebakaran merebak ke Blue Mountains, 70 kilometer barat Sydney susulan angin kencang, semalam.

“Seramai 70,000 anggota bomba termasuk 1,100 bomba sukarela berusaha mengawal kebakaran dengan 318 jentera bomba digunakan termasuk 84 pesawat ‘pengebom air’,” katanya.

Menurutnya, terdapat 62 kebakaran aktif dan suhu mencecah lebih 40 darjah Celsius.

“Kami khuatir kebakaran merebak ke bandar Sydney yang mempunyai kepadatan 4.4 juta penduduk,” katanya.
SUMBER : SH, BBC NEws

TAOTAUAJER : Dahsyat, apakah ini bala? apa-apa pun kita doakan supaya keadaan disana menjadi lebih baik, - Koleksi Bencana Alam
Adbox