Breaking

Wednesday, October 9, 2013

PEMBONGKARAN! - Berita Palsu Mr Bean Masuk Islam Hanya Khabar Angin (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Sebelum ini telah tersebarnya satu berita mengenai pelawak terkenal dunia, Rowan Atkinson yang popular dalam sitcom bersiri, Mr Bean dikatakan memeluk Islam. Pasti ramai yang tertanya-tanya betul ker mr.bean masuk islam? Disini terdapat penjelasan akan status Mr.bean terhadap pengislaman beliau.


Berdasarkan apa yang kita dengar dan baca tentang penukaran agama mr.bean kepada agama islam adalah sekadar khabar angin semata-mata.

Pada mulanya khabar Rowan Atkinson masuk muslim disebarkan oleh laman portal www.israellycool.com tanpa bukti yang kukuh. Berita ini tersebar dengan meluas hingga mendapat perhatian dunia islam. Untuk membetulkan keadaan, portal israellycool telah menghubungi ejen terdekat Rowan Atkinson bernama Lucy dan ternyata beliau masih belum memeluk islam. Pada masa yang sama, tiada berita sahih daripada portal rasmi media barat.

Portal israellycool.com adalah antara portal terawal yang menyiarkan berita Mr Bean masuk islam dalam bahasa inggeris yang diterjemahkan dari laman web anti-israel. Pada masa yang sama, Mr Bean sendiri masih belum mengeluarkan kenyataan bahawa dia sudah masuk islam. Untuk menamatkan spekulasi mengenai isu tersebut, portal israelly.com telah menghubungi kenalan atau ejen terdekat Mr Bean untuk mengesahkan perkara tersebut. Namun, pada ketika ini Lucy selaku ejen terdekat Mr Bean mendakwa setakat ini Mr Bean masih belum memeluk agama islam.


Perkara itu disahkan jurucakapnya, Lucy Fairney dalam satu kenyataan bagi menjelaskan kedudukan sebenar dakwaan tersebut dalam satu kenyataan e-mail

SUMBER : Melvister

Kalau korang nak tau sebelum ini Mr Bean juga pernah dikhabarkan meninggal dunia sebelum ini dan ianya juga adalah khabar angin.

TAOTAUAJER : Banyak sungguh khabar angin, apakah tujuan mereka membuat kenyataan palsu sebegini ? Pada masa yang sama juga satu berita yang mengejutkan dan ianya juga palsu apabila kononnya Aaron Aziz meninggal dnia semasa bermain luncur salji di Switzerland - Koleksi Hoax


Adbox