Breaking

Sunday, September 2, 2012

PEMBONGKARAN! - Benarkah Gangnam Bermaksud Saya Ingin Menjadi Yahudi?

TAOTAUAJER - Seperti mana yang kita tahu lagu Gangnam style menjadi fenomena di seluruh dunia. Kini muncul satu spekulasi dimana yang tersebar melalui media Sosial 'Twitter' dan ada juga disebarkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Gangnam bermaksud ‘Saya Ingin Menjadi Yahudi’ sebarkan untuk  Agama Islam. #ShareThis ! Subhanallah. Macam2 sekarang niehh !


Benarkah? ‘Saya Ingin Menjadi Yahudi’ maksud gangnam style?

Printscreen tweet yang tersebar melalui media Sosial 'Twitter' 



Jangan Malukan Umat, Ini Maksud Sebenar ‘Gangnam’

Memang tak senonoh video clip Oppa Gangnam Style nyanyian PSY yang menjadi viral secara tiba-tiba di Asia dan Amerika Syarikat. Tetapi sesenonoh mana pula penyebaran dakyah kononnya untuk kebaikan umat Islam bahawa Gangnam bermaksud “Saya Ingin Jadi Yahudi” ?

Jawapannya tiada faedah, malah memalukan umat Islam kerana bila tiba ke pengetahuan masyarakat bukan Islam, umat Islam akan dipermalukan dengan celaan seperti ‘bodoh’ , ‘tak buat kajian’ dan ‘cetek ilmu’.

Jadi, apakah Gangnam itu?

Technically, ‘Gangnam’ means Seoul south of the Han River. (gang = river, nam = south) . But in general sense, when Koreans say Gangnam, they refer to a particular district called ‘Gangnam-gu’.This district, or gu, is one of the most well-off areas in Seoul, and here you can see the fanciest buildings and the busiest workers and students in Korea.

Seperti yang tertulis di Wikipedia :

Gangnam-gu is one of the 25 gu (local government districts) which make up the city ofSeoul, South Korea. It is one of the most affluent areas of Seoul and is located in the southeast of the city. It is served by Seoul Subway Line 2, Seoul Subway Line 3, Seoul Subway Line 7, Seoul Subway Line 9, Bundang Line and the Sin Bundang Line.



Menurut orang Korea, Gangnam-gu merupakan kawasan dalam Seoul yang dihuni artis-artis, penuh dengan bangunan rekaan moden, mahal, ada style dan mereka menyamakan Gangnam dengan Beverly Hills di Amerika Syarikat.

Oppa pula ialah panggilan hormat mereka kepada lelaki yang lebih tua seperti kita menyebut ‘abang’ atau ‘encik’ . Maka mamat gemok yang popular tiba-tiba itu menyanyikan lagu yang bertajuk ‘ cara encik gangnam’.

Negara Yahudi sebesar Amerika Syarikat pun tak pernah ada tempat dengan nama bermaksud “I wanna be Jews”.

Seharusnya kita tidak sembrono menyebarkan sesuatu yang memalukan kita umat Islam secara keseluruhan akibat perbuatan dangkal hasil tangan puak-puak tertentu yang belum tentu lagi kita tahu pegangan akidah mereka. Boleh jadi ia dilakukan oleh orang kafir sendiri bagi memalukan umat Islam.

Apa gunanya Google pada kalian para penyebar semua
Sumber : MyNewsHub

Selain itu Info buat korang dimana lagu tersebut untuk perli kehidupan orang Gangnam yang kaya dan berlagak. Sebab most Korean yang duduk di daerah lain tidak suka akan orang Gangnam.

TAOTAUAJER : Adoyai... ade ade ajer khabar angin, tak pasal-pasal lagu tu jadi spekulasi, kalau ye pon sebelum sebarkan tu check la dlu, tapi mungkin yang sebar tu tak salah sebab tak mampu nak bukak and search kat Google yang salah nyer sape yang mula-mula buat spekulasi ni.

Terima kasih kepada hamba Allah ni yang share kat tao info ni diharapkan jika korang ade info terkini boleh la hantarkan Messages di Facebook Page TAOTAUAJER
Adbox