Breaking

Sunday, October 13, 2013

NGERI! - Bapa Kapak Anak Sebagai korban

TAOTAUAJER - Kejam di India seorang bapa membunuh bayi lelakinya berusia lapan bulan dengan kapak sebagai korban untuk Tuhan Kali.

gambar hiasan carian google

Lelaki itu cuba melarikan diri selepas kejadian itu tetapi berjaya ditahan penduduk kampung dan diserahkan kepada polis. Suspek membunuh anaknya di hadapan patung Kali di rumahnya di kampung Narain Purva di daerah Barabanki di negeri Uttar Pradesh.

Isteri suspek difahamkan menyaksikan lelaki itu memenggal leher anak mereka.Suspek dilaporkan pernah bersama isterinya ke kuil Tuhan Kali untuk mendapatkan anak.

Seorang jurucakap polis memberitahu akhbar Deccan Herald: “Lelaki itu merancang membunuh bayinya selepas dilahirkan.”Suspek, Rajkumar Chaurasia dilapor membawanya ke kuil untuk melakukan upacara keagamaan.

Dia kemudian membawa mangsa pulang dan mengapak kanak-kanak itu di depan patung ‘Tuhan Kali’ yang dibina di rumahnya.Chaurasia memberitahu polis dia membunuh anaknya kerana diarahkan berbuat demikian oleh Tuhan Kali.

“Suspek berpendapat tindakannya itu sebagai korban kepada Tuhan Kali dan dapat memberi kebahagian kepada keluarganya,” katanya.

Suspek kini ditahan untuk menjalani pemeriksaan mental.“Dia tidak menyesali dengan perbuatannya,” katanya.Walaupun jarang berlaku, korban manusia kononnya untuk menggembirakan mereka masih berlaku di kalangan sesetengah masyarakat di India.

Kali yang juga dinamakan Durga ialah ‘Tuhan Perempuan’ dikaitkan dengan kematian dan kemusnahan.
Ia juga dikaitkan dengan masa dan perubahan.
sumber : mymetro


TAOTAUAJER : Sungguh kejam, demi mendapatkan kebahagian lelaki ini sanggup menggadaikan nyawa anaknyer sebagai korban kepada Tuhan Kali - Koleksi Kejam


Adbox