Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » KEJAM! - Bayi Ditikam Kerana Gigit Ibu Semasa Menyusu Di China (2 GAMBAR)
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Seorang bayi lelaki bernasib kerana masih hidup walaupun selepas ditikam 90 kali oleh ibunya kerana menggigit wanita terbabit ketika menyusu.Disebabkan serangan ganas itu, Xiao Bao terpaksa menerima lebih 100 jahitan kebanyakannya di bahagian muka.


Media semalam melaporkan, Xiao tinggal bersama ibu dan dua bapa saudaranya di Xuzhou di wilayah Jiangsu, timur China.Mereka hidup dengan menyelongkar sampah untuk mendapatkan bahan terbuang dan yang boleh dikitar semula.Xiao bernasib baik kerana keadaannya yang cedera parah itu diketahui seorang daripada bapa saudaranya.

Menurut media, lelaki terbabit terkejut melihat Xiao terbaring berlumuran darah di kawasan luar rumah mereka dan segera menghantarnya ke hospital.Ibu Xiao kemudian mengaku menikam bayi berusia lapan bulan itu kerana marah apabila putingnya digigit ketika menyusukan anaknya.


Sumber polis berkata, wanita terbabit menggunakan gunting untuk menikam Xiao.

Sementara itu, penduduk setempat merayu kepada kerajaan supaya mengambil bayi itu daripada ibunya bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berulang. Bagaimanapun, setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk mengambil alih hak penjagaan Xiao.

Kata sumber, tiada bukti menunjukkan ibu Xiao mengalami masalah mental.“Pihak berkuasa juga berpendapat bahawa Xiao masih boleh dijaga dua bapa saudaranya,” katanya. - Agensi

SUMBER : Hmetro

TAOTAUAJER : Subhanallah kejam sungguh, perlakuan seperti ini tidak sepatutnya berlaku.. biasa la bayi kecil bukan tau ape pun yang ibu bayi tersebut pulak tak ada hati perut boleh pulak tikam guna gunting. Apa nak jadi la dunia sekarang ni... - Koleksi Kejam


.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post