Breaking

Sunday, October 20, 2013

GEMPAR! - Apabila Tengkorak Manusia 1.8 Juta Tahun Ditemui (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Penemuan satu tengkorak manusia berusia 1.8 juta tahun yang tertanam di sebuah perkampungan di Georgia , Eropah Timur memberi gambaran bahawa manusia hanya berasal daripada satu spesies sahaja, kata sekumpulan penyelidik kelmarin .


Menurut para penyelidik itu , tengkorak tersebut menjadi bukti baharu bahawa manusia awal yang hidup, hanya daripada satu spesies tetapi mempunyai wajah yang berbeza.

Bentuk tengkorak itu menunjukkan ia mempunyai otak kecil iaitu bersaiz kira -kira satu pertiga daripada otak manusia kini. Ia mempunyai rahang seperti beruk .

Turut ditemui ialah beberapa peralatan batu dan tulang- tulang harimau. Penemuan penyelidik itu disiarkan dalam jurnal Science .

Ia merupakan satu daripada lima tengkorak manusia awal yang telah ditemui di Dmanisi yang terletak kira -kira 100 kilometer dari ibu kota Georgie , Tblisi .

Tengkorak itu ditemui pada tahun 2005. Empat daripada tengkorak yang ditemui itu mempunyai rahang.


Menurut penulis bersama kajian itu , Christoph Zollikofer dari Universiti Zurich , Switzerland, semua tengkorak itu menunjukkan ia datang dari kalangan sekumpulan penduduk dari spesies yang tunggal.

Bagaimanapun , Pengarah Program Kedoktoran Hominid dan Paleobiologi di Universiti George Washington, Amerika Syarikat, Bernard Wood menyatakan, tengkorak itu mungkin berasal dari satu makhluk yang tidak pernah diketahui para penyelidik sebelum ini .
SUMBER : Kosmo

TAOTAUAJER : Lama tu 1.8 juta tahun yang dahulu , so hasil dari kajian teori beruk si Darwin tu ternyata tidak benar la... Tapi sejauh mana kebenarannya? wallahua’lam - Koleksi Purba


Adbox