Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » » » » WOW! - Tengkorak ‘Makhluk Asing’ Ditemui Di Mexico?
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Amat mengejutkan apabila Sekumpulan ahli arkeologi menemui sebuah tengkorak manusia yang berbentuk lonjong dekat Kampung Onavas di Mexico. Dimana tengkorak itu dipercayai berusia 1,000 tahun dan ia kelihatan seperti gambaran watak makhluk asing dalam filem-filem keluaran Hollywood.


Ia ditemui tertanam di sebuah kawasan yang mengandungi 25 rangka tulang manusia.

Tengkorak tersebut mempunyai bentuk lonjong disebabkan amalan tradisi penduduk yang tinggal di utara Mexico.

Penduduk tersebut mengamalkan tradisi menghasilkan pelbagai bentuk kepala dengan menggunakan pelbagai kaedah.

Three drawings of methods that were used by Maya peoples to shape a child's head

Antara kaedah itu ialah dengan menggunakan dua kepingan kayu yang diikat di bahagian kepala.

Ia dilakukan ketika tengkorak tersebut masih di peringkat kanak-kanak.

Seorang ahli arkeologi, Cristina Garcia Moreno berkata, tengkorak tersebut mempunyai bentuk sedemikian kerana untuk membezakan status sosial penduduk dan disebabkan upacara keagamaan.

Moreno mengetuai projek penyelidikan tersebut bagi pihak Universiti Negeri Arizona, Amerika Syarikat.

Projek itu mendapat kelulusan Institut Antropologi dan Sejarah Kebangsaan Mexico. – Agensi




TAOTAUAJER : Kesimpulannya tengorak tersebut bukanlah tengkorak milik alien yang dalam Movie yang kita penah lihat. Dimana ini adalah salah satu amalan tradisi penduduk yang tinggal di utara Mexico untuk membezakan status sosial penduduk dan disebabkan upacara keagamaan. - Koleksi Purba


.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post