Breaking

Tuesday, September 24, 2013

PULAK! - Menteri Cadang Naik Harga Gula Untuk Elak Diabetes? Benarkah?

TAOTAUAJER - Rasanyer pasal isu minyak naik belum reda lagi kini telah ada kenyataan yang dikeluarkan dimana harga gula bakal naik. Namun begitu, kenyataan ini di keluarkan dengan cara yang mengaitkan kesihatan pulak dimana ada menteri yang mencadangkan untuk naikkan harga gula bagi mengelakkan diabetes. Benarkah?


Kerajaan disaran mengurangkan subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata: “Setakat ini bilangan penghidap diabetes di negara ini telah meningkat kepada 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

“Ini semua berlaku kerana rakyat kita tidak mengawal penggunaan gula dalam makanan dan minuman,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesedaran diabetes dan gaya hidup sihat Parlimen Segamat di Dewan Orang Ramai Pekan Buloh Kasap di sini.

Menurutnya penyakit kencing manis (diabetes) menjadi masalah besar kepada negara kerana mereka yang menghidap penyakit itu akan berisiko mengidap penyakit lain seperti masalah penglihatan dan penyakit buah pinggang.

Setakat ini katanya, dilaporkan terdapat seramai 16,000 orang pesakit buah pinggang dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ itu daripada penderma yang purata hanya terdapat seramai 40 hingga 50 orang setahun.

Beliau turut mencadangkan agar pekedai makanan dan minuman tidak mencampurkan gula dalam minuman yang dipesan pelanggan sebaliknya meletakkan gula dalam bekas berasingan supaya pelanggan boleh membuat pilihan sama ada menggunakan gula atau sebaliknya dalam minuman.
SUMBER : Bernama

TAOTAUAJER : Adoyai , Haritu kata ayam mahal jangan la beli... nie pulak harga gula naik jaga kesihatan pulak. Harga gula pulak nak naik alamat nyer harga air di kedai pon bakal naik la jawab nyer. Mahal macamana pun , berapa ramai pun lah yang nak minum gula sikit-sikit bagi elak diabetis. Kedai-kedai confrm menggunakan kuantiti yang sama untuk buat air , tak ada nyer nak kurang kan gula. 


Adbox