Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » PEMBONGKARAN! - Inilah Punca Petrol RON 95 Dinaikkan lagi 20 sen
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Kita telah di kejutkan lagi dengan kenaikan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen dan bukan petrol ajer malahan diesel jugak. Kenaikan harga minyak ini telah menyebabkan ramai yang merungut dan membebankan terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah. Impak nyer pulak bakal mempengaruhi kenaikan harga barang yang ternyata akan membebankan rakyat.

Persoalannya apakah punca harga minyak RON 95 ini dinaikkan?


Punca sebenar minyak petrol RON 95 dan Diesel naik harga lagi 20 sen mulai 3 September 2013. Kerajaan berbuat demikian kerana kenaikan ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan terhadap rakyat. Subsidi minyak telah dikurangkan kerana kerajaan menanggung beban yang tinggi terhadap subsidi tahunan dari bahan bakar tersebut.

Kadar Terkini Selepas Kenaikan Harga 20 Sen

Minyak petrol RON95: RM2.10 seliter

Diesel : RM2.00 seliter

Punca Petrol RON 95 Dan Diesel Naik Harga Lagi

Kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95dan RM1 seliter bagi diesel. Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion. Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.
SUMBER: melvister

TAOTAUAJER : Apakah pendapat korang tentang kenaikan harga minyak 20 sen kali ini? - Koleksi PEMBONGKARAN


.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post