Breaking

Saturday, August 3, 2013

PELIK! - Kenapa Sampai Goreng Telur Atas Jalan Raya? (GAMBAR)

TAOTAUAJER - Kejadian yang jarang kali kita lihat , dah sampai kenapa pulak orang goreng telur atas jalan raya. Kalau kita perlukan dapur api untuk menggoreng udang atau telur tetapi tidak di China apabila penduduk boleh memasak telur dan makanan laut hanya di tepi jalan.


Menurut laporan AP, tahun ini, cuaca panas yang meningkat secara mendadak iaitu mencecah suhu 40 darjah Celsius di 40 buah bandar dan daerah mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di China.

Malah, suhu panas yang berlaku selepas 140 tahun itu menyebabkan beberapa papan iklan lebuh raya terbakar dengan sendirinya.

Pihak berkuasa pula, buat julung-julung kalinya mengisytiharkan kepanasan melampau di China berada pada 'tahap 2' yang digunakan untuk mengkategorikan peringkat bahaya taufan dan banjir.

Gelombang haba mendadak itu menyerang Shanghai dan beberapa bandar di wilayah timur dan selatan sejak awal Julai lalu yang dijangka membakar China sehingga pertengahan Ogos ini.

Setakat ini, kawasan ditimur Fenghua dicatatkan paling panas dengan suhu 42.7 darjah Celsius, Julai lalu.

SUMBER : SinarHarian

TAOTAUAJER : Giller ah.. kepanasan kat sana boleh memasakkan telur , jarang-jarang kita lihat perilaku sebegini dan dalam tidak kita sedar hasil dari fenomena ini sehinggakan boleh mengorbankan penduduk dan merosakkan harta benda. - Koleksi Pelik 


Adbox