Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » GEMPAR! - Bilal Meninggal Dunia Ketika Bersujud kepada Allah SWT (4 GAMBAR)
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Setiap daripada kita umat Islam dituntut berdoa supaya mendapat “husnul khatimah”, penyudah yang baik. Untuk mendapat penyudah yang baik amat sukar dan tak akan berlaku untuk kebanyakkan orang. Oleh itu kita kena berusaha untuk mendapatkannya.


Maha Suci Allah… Digemparkan semalam kejadian seorang ahli jawatankuasa yang juga siak Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi mendapat penyudah yang baik apabila dilaporkan ditemui mati dalam keadaan bersujud kepada Allah SWT tengahari semalam. Subhanallah dan insyaallah beruntunglah beliau lelagi dibulan ramadhan ini.


Difahamkan, beliau yang dikenali sebagai Roslan ditemui sudah tidak bernyawa oleh jemaah lain surau berkenaan sewaktu sujud solat sunat Zohor, petang semalam.

Berita kematian beliau yang dianggap istimewa itu tersebar luas di laman sosial yang turut memaparkan gambar jasad arwah yang sedang bersujud dikelilingi jemaah surau yang menyedari kematiannya.

Umumnya, umat Islam menganggap kematian dalam keadaan bersujud adalah satu kelebihan yang diberikan ALLAH SWT kepada hamba-Nya yang beriman, tambahan pula ia berlaku dalam bulan Ramadan yang penuh keampunan.
SUMBER : SinarHarian

TAOTAUAJER : Semoga keluarga arwah dapat menerima kehilangan orang yang tersayang ketika syawal bakal menjelma. Akhir hayatnya dlm husnul khatimah. Semoga kita juga akan dapat rezeki sedemikian. Amin... - Koleksi Miracles of Allah Almighty

.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post