Breaking

Wednesday, July 17, 2013

PEMBONGKARAN! - Benarkah Roh Akan Pulang Ke Rumah Di Bulan Ramadhan?

TAOTAUAJER - Salam ramadhan, pernah tak korang dengar kata-kata orang tua dimana berbunyi " roh aruah akan pulang ke rumah sepanjang bulan ramadhan " ?  Dimana pada bulan ramadhan ini dipercayai roh-roh akan pulang ke rumah... namun begitu bernarkah? ikuti pembongkaran ini..... 


GAMBARAN ILUSTRASI

Ulama tersohor Syeikh Dr. Yusuf al-Qardawi pernah menyebut, roh tidak akan mencampuri urusan dunia yang sudah tidak lagi berguna kepadanya.

Dalam erti kata lain, roh berada di suatu alam lain dinamakan alam barzakh yang kehidupannya jauh beza dengan kehidupan di dunia.

“Alam ini adalah jangka waktu antara kematian dengan hari kiamat. Roh orang yang beriman akan menerima balasan yang baik di alam barzakh manakala roh daripada golongan yang gemar membuat maksiat akan diazab.

“Dalam satu hadis sahih sudah dinyatakan, hanya ada tiga perkara yang menghubungkan dunia dengan roh iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa-doa daripada anak-anak yang soleh.

“Tidak ada gunanya pun jika roh itu boleh kembali ke dunia sekiranya kepulangan mereka itu tidak memberi manfaat untuk roh mereka sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, menurut penceramah bebas, Dr. Zaharuddin Abd. Rahman, roh tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia sama ada dalam keadaan baik ataupun sebaliknya.

“Dakwaan roh pulang ke rumah sempena hari-hari tertentu tidak benar. Jika ada yang pernah melihat makhluk menyerupai si mati dan kedengaran suara menangis, menurut ulama ia bukanlah roh si mati sebaliknya angkara jelmaan jin dan syaitan yang menyerupai si mati. Tidak lebih daripada itu,” jelasnya. Tetapi jin dan syaitan sudah di rantai Inilah 6 Sebab Kenapa Jin dan Syaitan Benci Bulan Ramadhan

Hujahnya itu dirujuk kepada firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 99 dan 100 yang bermaksud:

“Hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka (orang kafir) dia berkata: “Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong). Dan di hadapan mereka ada dinding (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan.”

Zaharuddin berkata, ayat ini jelas memberitahu bahawa barzakh adalah tembok yang menghalang roh orang yang telah mati daripada kembali ke dunia.

“Begitupun, ada juga ulama yang berpendapat, roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur melalui mimpi,” katanya.

Sementara itu, menurut seorang tokoh agama, Datuk Dr. Haron Din, roh tidak boleh kembali ke dunia dan manusia juga tidak boleh masuk ke alam barzakh tanpa sebab.

“Kalau kita beranggapan roh orang yang telah mati boleh kembali ke dunia dan boleh ke sana ke mari, seolah-olahnya di alam barzakh itu tiada seksaan kubur, tiada balasan dan roh-roh ini hidup bebas keluar masuk ke alam dunia. Anggapan tersebut salah sama sekali.

“Disebabkan itu, kita harus yakin dan percaya bahawa roh si mati tidak boleh pulang ke dunia untuk menziarahi keluarga, rumah, kubur dan sebagainya,” jelasnya.

Tambahnya, hanya pada hari kiamat nanti, jasad akan dijadikan semula dan roh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah.

“Alam barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat. Roh yang memasukinya akan kekal di dalamnya.

“Ibarat bayi yang hidup di alam rahim, apabila lahir ke dunia, bolehkah bayi tersebut kembali ke alam rahim? Sudah tentu tidak,” ujarnya.

SUMBER : MyNewshub

TAOTAUAJER: Sekarang baru kita tahu, sebenarnya tidak ada roh yang akan pulang ke dunia apatah lagi pulang ke rumah. Iblis dan syaitan pulak telah di rantai di bulan ramadhan, dengan itu mungkin ada makhluk lain ciptaan allah yang juga berkeliaran di bulan ramadhan.. Misteri pulak..jeng jeng jeng - Koleksi Pembongkaran


Adbox