Breaking

Thursday, July 25, 2013

SERIUS! - Inilah Nama Bayi Di Raja Britain KATE-WILLIAM (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Ini lagi berita tentang bayi di Raja Britain, kalau semalam tao sudah bagi tahu jantina bayi tersebut dan lagi apa yang di nanti-nantikan adalah nama bayi tersebut pulak. 'The Royal Baby' permata hati Duke dan Duchess of Cambridge akhirnya memiliki nama diberikan oleh Putera William dan Kate


Pasangan diraja bersama anak sulung mereka.

Kelahiran bayi berkenaan adalah babak baru untuk William dan Kate yang menikmati hidup yang jauh daripada perhatian umum di Anglesey, Wales sejak berkahwin pada April 2011.

Kini nama bayi Putera terbaru Britain tersebut telah di berikan. Putera di raja Britain tersebut adalah "George Alexander Louis" menurut pegawai istana.


Gambar George Alexander Louis bayi diraja Britain

Anak sulong kelahiran Putera William dan isterinya, Catherine akan dikenali sebagai His Royal Highness Prince George of Cambridge secara rasmi.

Bayi berusia dua hari itu bertemu dengan moyangnya, Ratu Elizabeth II sebelum dibawa ke rumah ibu bapa Kate di kampungnya berdekatan London.

Bayi itu adalah pewaris ketiga takhta monarki Britain selepas datuknya, Putera Charles dan William sendiri.

TAOTAUAJER : Munculnya nama bayi kerajaan ini menimbulkan keseronokan di kalangan selebriti dunia, mereka mengekspresikan kegembiraannya itu lewat halaman Twitter. Kalau korang nak tau nama George adalah identiti dengan raja-raja Inggris, dan tentunya muncul untuk mewakili kelangsungan monarki di Inggris.



Adbox