Breaking

Wednesday, July 24, 2013

GEMPAK! - Kad Ucapan Terbesar Oleh Google Buat Pasangan Diraja Britain (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Ini lagi berita hangat tentang kedatangan bayi Kate dan William. Hanya beberapa jam selepas pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton melahirkan anak pertama mereka, gergasi enjin carian internet Google melancarkan kempen untuk menghasilkan sekeping kad ucapan terbesar dunia.


Kad ucapan gergasi itu akan dicetak dan diserahkan kepada Kate dan William. Bagi tujuan tersebut, Google menjemput penguna-pengguna internet untuk mengirim gambar, profil serta ucapan mereka dalam kad maya tersebut.



Kad ucapan yang siap dicetak akan diserahkan kepada firma untuk dipersembahkan kepada Arkib Diraja untuk simpanan. Penyertaan kad ucapan gergasi itu akan berakhir pada 6 Ogos depan.

Setakat ini,  post tersebut itu telah menerima lebih daripada 12 000 orang ditambah dan 5 300 share kerana ia telah diposkan lewat semalam. Korang nak tengok kad tersebut dan nak join bagi ucapan boleh tengok kat sini -- Royal baby card site

TAOTAUAJER : Amacam ada yang nak join sekali dalam kad ucapan gergasi itu?  Pasti nyer muka korang akan terpampang dalam kad buat pasangan di raja Britain tersebut.

Adbox