Breaking

Tuesday, July 30, 2013

BIAR BETUL! - Ada Hidangan daging Lailatul Qadar ?

TAOTAUAJER - Satu menu dikhuatiri mengelirukan tetamu yang datang berbuka puasa di sebuah hotel di Kuantan. Apabila terdapat menu dengan nama hidangan daging Lailatul Qadar apakah ia bakal mengelirukan umat islam?


Sinar Harian menerima emel daripada seorang individu yang kurang senang dengan menu kari daging Lailatul Qadar dalam senarai menu berbuka puasa di sebuah hotel yang mempunyai sijil Halal sah daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di sini.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, nama menu itu tidak haram diletakkan kepada makanan tetapi tidak sesuai kerana boleh mengelirukan tetamu yang datang berbuka puasa.

Katanya, nama berkenaan tidak menjadi masalah namun pihak pengurusan hotel terbabit perlu menjaga sensitiviti orang ramai kerana mungkin akan mewujudkan kekeliruan.

“Jadi elok tukar kepada nama lain yang lebih sesuai. Bimbang mengelirukan orang ramai. Ada pula yang fikir kalau makan daging itu dapat malam Lailatul Qadar, memang bercanggah dengan hukum syarak,” katanya.

Sementara itu Ketua Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan bin Abdul Manan mengesahkan hotel berkenaan mempunyai Sijil Halal yang diiktiraf Jaip tetapi menu berkenaan belum disenaraikan ketika pemeriksaan Jaip.

“Pengurusan hotel sebenarnya masih boleh menggunakan nama lain yang lebih baik jika bertujuan menarik pelanggan,” katanya.

SUMBER : Sinarharian

TAOTAUAJER : Adoyai macam-macam ajer, tapi kenapa perlu guna nama Lailautl Qadar ? bukankah itu nama bagi satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadan buat beragama islam. Ini sepertinya agama kita dipermainkan tidak gitu?

Adbox