TAOTAUAJER - Ribuan ekor ikan ditemui mati di Tasik Rodrigo de Freitas di sini sejak Isnin lalu, lapor agensi berita Reuters kelmarin.
Menurut pihak berkuasa alam sekitar Rio de Janeiro, lebih 12 tan ikan itu mati selepas ribut yang melanda awal minggu ini telah membawa bahan-bahan organik ke dalam tasik tersebut.
Ikan-ikan tersebut juga mati disebabkan kekurangan oksigen di dalam tasik berkenaan selepas pencemaran bahan-bahan organik itu. Menurut pihak berkuasa itu, situasi itu akan berakhir apabila air laut pasang sekali gus membawa masuk air baharu ke dalam tasik tersebut.
SUMBER : Kosmo
TAOTAUAJER : Kesian ikan-ikan ini banyak yang mati dan ini boleh mendatangkan impak pada masa akan datang kepada kita. Berkemungkinan juga habitat yang di diami ikan ini habis semua mati dan memerlukan masa yang lama untuk tasik ini di penuhi ikan semula.