Breaking

Thursday, January 5, 2012

Wow! - Ribuan ikan mati di Kvaenes beach, Norway

TAOTAUAJER - OSLO - Para saintis dan penduduk tempatan keliru tentang kejadian beberapa tan ikan herring terdampar di sebuah pantai di utara Norway, lapor media kelmarin.

SEEKOR anjing berjalan di atas timbuan ikan di sebuah pantai di Kvennes, utara Norway kelmarin.

Seorang penduduk setempat, Jan-Petter Jorgensen yang memeriksa pantai berkenaan di Kvaenes, Nordreisa bersama anjingnya pada hujung minggu lalu berkata, terdapat beberapa tan bangkai ikan tersebut.

Antara punca kematian besar-besaran itu termasuk ikan tersebut terperangkap di dalam air pasang selepas dikejar ikan-ikan pemangsa tepian pantai.




Teori yang lain menyatakan sekawanan ikan herring itu hanyut ke tepi pantai semasa ribut baru-baru ini. Terdapat teori lain yang menyatakan ikan-ikan berkenaan terperangkap di dalam air cetek dan mati kerana terperangkap dalam air tawar dari sebatang sungai yang mengalir ke pantai berkenaan. - Dpa

Sebelum ini banyak juga kejadian-kejadian yang seperti ini pernah berlaku seperti dibawah :

Photobucket - Fenomena Jutaan ikan mati kembali menggoncang Amerika

Photobucket - Fenomena Ratusan Starfish mati terdampar di Pantai UK




SUMBER | thewatchers


Adbox