Breaking

Sunday, March 3, 2013

GEMPAR! - 5 Orang Lagi Anggota Keselamatan Terkorban Pertempuran di Semporna (4 GAMBAR)

TAOTAUAJER - 5 orang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam tadi. Desas-desus berlakunya kejadian ini dikatakan dalam pukul 8 malam 2 March 2013.


Dan Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.

Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.

Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.

Kelmarin, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara.

Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh.

Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46. - Bernama


Berita TV1 pada 1230 malam tadi keluar kenyataan dari KPN Tan Sri Ismail Omar :
Polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit

Ini pula screenshot SMS Seorang anggota polis





Menurut sabahkini.net :
Para penceroboh telah berjaya menculik seorang pegawai polis, Inspektor Azra dan kini mereka sedang mengepong Pengkalan Polis Marin Semporna. Namun belum mendapat pengesahan PDRM.

UPDATES : 5 ANGGOTA  POLIS TERBUNUH DI SEMPORNA


SUMBER: bharian

TAOTAUAJER : Semakin menjadi-jadi dah nie... sehinggakan lagi 5 orang anggota keselamatan terbunuh. Al-fatihah kepada seorang pejuang kita yang terkorban akibat tembakan di Semporna, Sabah. Moga rohnya dicucuri Rahmat Allah. Fisabilillah ! - Berita LAHAD DATU CRISIS



Adbox