Breaking

Friday, March 1, 2013

GEMPAR! - Lahad Datu Darurat 2 Orang Polis Komando VAT69 Terbunuh Tembak Menembak (5 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Lahad Datu, Sabah diisytihar darurat? Itulah topik panas yang sedang berlegar-legar di ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter. Mengikut dari beberapa status di Facebook, tembak menembak telah berlaku di Lahad Datu antara Komando Malaysia dan penceroboh Kesultanan Sulu.


Kebanyakkan info mengenai perkara ini diperolehi daripada akhbar online Filipina.

Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut.

Keluarga Sultan Kiram mengesahkan di Manila bahawa sekurang-kurangnya 10 anggotanya maut manakala empat lagi cedera.

Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini iaitu G/17984 skuad 2/2006, Insp. Zulkifli Mamat & Sarjan Sabarudin dari Unit 69 Komando.

Mereka terkena serangan peluru mortar ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Dipetik dari laporan wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu, mayat kedua-dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

Pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.



"Land Rover membawa 2 komando Msia mati (VAT 69); Inspektor Zulkifli mamat & Sarjan Sabaruddin Polis"

sumber: Bernama

Sebuah kenderaan ambulans keluar dari Kampung Tanduo membawa anggota keselamatan yang cedera dalam pertempuran dengan penceroboh di Kampung Tanduo


UPDATED!
Pihak polis telah pun membuat kenyataan rasmi jam 6 petang tadi. Sah 2 orang komando terbunuh dalam pertempuran yang berlaku selama 20 minit apa bila mereka terserempak dengan sekumpulan penceroboh jam 9.59 pagi tadi.


Alfatihah Insp Zulkifli Mamat VAT69 darah satria .. takziah buat keluarga Allahyarham ..

Perdana Menteri berkata beliau telah memberi mandat kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu dan tiada kompromi lagi.

Najib turut mengesahkan dua anggota keselamatan Malaysia terbunuh dan tiga lagi cedera manakala 10 hingga 12 anggota kumpulan penceroboh itu terbunuh.

"Mereka (polis dan tentera) akan diberi kuasa sepenuhnya untuk bertindak dengan apa saja mengikut budi bicara mereka tetapi kumpulan ini mesti ditumpaskan dan mereka mestilah diambil tindakan yang sepatutnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"(Kini) sama ada mereka (penceroboh) menyerah diri atau mereka terima apa jua kesan daripada tindakan mereka," kata Najib.

Perdana Menteri berkata kumpulan itu kini dikepung sepenuhnya dan pasukan tentera laut negara telah meningkatkan tahap keselamatan di perairan bagi mengelakkan kumpulan itu melarikan diri. Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu kerana sepatutnya pertumpahan darah mahu dielak daripada berlaku, akibatnya kini negara kehilangan dua anggota keselamatan.

UPDATES!
Senarai nama anggota komando PDRM atau VAT69 yang terkorban dan cedera sewaktu serangan
mortar dalam krisis Lahad Datu :

1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)
2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)
3. Koperal 135383 Azman B. Ampong (cedera di tangan dan kaki )
4. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki)
    (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)
5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli  (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki)  
   (ditempatkan di Hospital Sandakan)



Takziah kepada kedua-dua keluarga Allahyarham....Semoga Allahyarham Inspektor Zulkifli bin Mamat dan Koperal Sabarudin bin Daun di tempatkan dalam golongan mereka yang mendapat keampunan dan rahmat daripada Allah....InsyaAllah...Amin

JENAZAH DUA ANGGOTA KOMANDO DITERBANGKAN DARI LAPANGAN TERBANG TAWAU
Lahad Datu, 2 Mac - Jenazah dua anggota komando polis komando VAT 69 yang terkorban semalam dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo di sini diterbangkan ke ibu negara awal hari ini.

Penerbangan itu pada asalnya dijadual tiba lewat malam tadi. Jenazah kedua-dua anggota itu diterbangkan ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dari Lapangan Terbang Tawau pada pukul 7.55 pagi dengan pesawat Charlie.

Anggota yang terkorban dari Kem Ulu Kinta itu ialah Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Kpl Sabarudin Daud, 46. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam TUDM Mejar Kamarulzaman Ali memberitahu Bernama, jenazah Zulkifli akan diterbangkan ke Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak, Kelantan untuk dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu.
Jenazah Zulkifli yang akan diterbangkan dengan menaiki pesawat CN235 dari Subang akan diiringi balunya, Noraziah Noor dan dua anak lelaki, katanya.

Sementara jenazah Sabarudin pula akan dikebumikan di kampungnya di Sungai Lias, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. Allahyarham meninggalkan balu, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak (dua lelaki dan seorang perempuan).
Jenazah kedua-dua anggota polis komando itu disembahyangkan di Masjid Batalion 17 Pasukan Gerakan Am di sini lewat malam tadi sebelum diterbangkan ke Subang. Dalam kejadian tembakan semalam, tiga anggota komando turut cedera iaitu Kpl Mohd Tarmizi Hashim, 32, Kpl Azman Ampong, 39, dan Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli, 22. - BERNAMA

JASAMU DIKENANGI: Ketibaan jenazah dua anggota komando yang gugur


TAOTAUAJER : Semoga 2 anggota komando polis ditempatkan di tempat2 org beriman, mati syahid mempertahankan negara. Nantikan updates-updates terkini dari Tao...#Pray4Sabah #Pray4LahadDatu #Allahuakbar - Berita Penuh LAHAD DATU CRISIS
Adbox