Dengan berbuat demikian, Tian Xueming dan isterinya dapat merasakan Qinyuan masih hidup dan tidak pernah meninggalkan mereka. Bagi memastikan mayat itu terpelihara, ia diletakkan dalam peti sejuk dan untuk mengelak bekalan elektrik terputus, Xueming memasang generator tambahan.
“Apabila saya atau isteri saya mahu bercakap dengannya, kami hanya perlu menarik kerusi dan membuka penutup peti sejuk itu. “Pada mulanya kami melakukan perkara ini secara rahsia namun lama-kelamaan orang ramai berjaya menghidu perkara berkenaan,’’ katanya yang menolak gesaan penduduk supaya mayat itu dikebumikan .
Jelasnya, Qinyuan meninggal dunia pada usia 15 tahun kerana menghidap leukemia, dan kematiannya itu amat menyedihkan selepas mereka kehilangan anak perempuan sebelum ini. “Pada hari kematiannya, dia begitu nazak dan saya tidak menghantarnya ke hospital kerana menunggu ambulans. Malangnya ambulans itu mengambil masa yang lama untuk tiba di rumah kami.
“Ketika pasukan perubatan sampai, anak kami sudah meninggal dunia,’’ katanya yang tidak dapat menyembunyikan perasaan bersalah kerana tidak membawa sendiri anaknya ke hospital ketika Qinyuan sedang nazak.
Selepas kematian Qinyuan, Xueming berbincang dengan isterinya untuk menyimpan mayat itu dalam peti sejuk, dan selepas mendapat persetujuan daripada wanita itu, dia pun membeli peti sejuk yang agak besar.
Jelasnya, isterinya yang mengalami masalah kesihatan sejak kematian anak mereka itu, sering melawat anaknya dalam peti sejuk itu.
Malah, katanya, jika isterinya runsing atau tidak boleh tidur pada waktu malam, maka dia akan melihat anaknya itu sambil berbual-bual dengannya.
“Akan tiba hari di mana saya dan isteri tidak berupaya lagi menjaga mayat itu, maka pada hari itu kami akan mengadakan upacara pengebumian yang sempurna.
SUMBER : ChinaSmack
TAOTAUAJER : Inilah tanda betapa kasih dan sayangnya ibu bapa terhadap anak-anak, sehinggakan terlalu sedih dan tidak dapat menerima apa yang berlaku dan di simpannya mayat tersebut di dalam peti ais semoga dapat di lihat hari-hari. Sebagai seorang anak adakah korang menghargai kasih dan sayang ibu bapa? Sadis pulak membayangkan apa yang menimpa keluarga ini. - Koleksi Pelik dan Unik