Breaking

Tuesday, October 2, 2012

MENAKJUBKAN! - Fenomena Halo di Malaysia hari ini (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Hari ini negara kita di emparkan dengan satu fenomena matahari di kelilingi oleh pelangi. Apakah fenomena yang belaku itu? kalau korang nak tau ia dinamakan Fenomena Halo. Orang ramai di sekitar Lembah Klang dapat menyaksikan fenomena Halo hari ini.


Apa yang korang lihat ini adalah fenomena Halo yang berlaku pada hari ini (2/10/2012)

Halo merupakan fenomena semulajadi yang berupa lingkaran cahaya di sekitar matahari atau bulan yang kadang kala boleh berlaku pada sumber cahaya lain seperti lampu jalan.


Gambar fenomena Halo yang berjaya di rakamkan di KLCC

Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), terdapat pelbagai jenis Halo secara umumnya muncul disebabkan kristal ais pada awan cirrus sejuk yang berada pada ketinggian lima hingga 10 kilometer di lapisan atas troposfera.

Ia bergantung pada bentuk dan arah kristal ais, cahaya matahari yang dipantul dan dibiaskan oleh permukaan ais berbentuk prisma sehingga sinaran matahari terpecah kepada beberapa warna kerana kesan sebaran udara dan dipantulkan ke arah tertentu, sama seperti kejadian pelangi.

Angkasa dalam kenyataannya dinasihatkan orang ramai agar berhati-hati apabila melihat atau merakamkan gambar Halo secara telus tanpa penurus matahari kerana ia memberi kesan yang merbahaya kepada mata.

SUMBER : BERNAMA

Ingin tau dengan lebih lanjut tentang fenomena halo nie korang boleh baca nie


TAOTAUAJER : Fenomena halo ini sememang nyer jarang-jarang berlaku dan ianya sering berlaku pada waktu tengahari tapi jangan tak tau fenomena halo ini juga boleh berlaku pada malam hari.

Adbox