Breaking

Monday, October 10, 2011

Subhanallah - Khalimah Allah muncul pada Fenomena Halo

TAOTAUAJER - Malam tadi tao kongsikan pada anda tentang bagaimana Fenomena lingkaran 22 degree lunar halo terjadi. Terdapat kejadian yang mengejutkan dimana terdapat Khalimah allah terbentuk dari awan-awan pada bulan tersebut.

Gambar ini diambil lebih kurang jam 11 pada 9 Oktober 2011

Ingin tahu dengan lebih lanjut tentang HALO dan gambar-gambar kejadian halo bacakan post tao yang lepas.

Pelik dan Aneh, tapi itulah yang kita dapat lihat ketika kejadian ini berlaku pada malam 9/10/11 dimana pada ketika itu berlaku fenomena Moon Halo..
dan ini adalah petikan Utusan Malaysia :

Kejadian ‘halo bulan’ berlaku lima kali sebulan

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Kejadian halo bulan yang menunjukkan bulan seperti dikelilingi cincin ekoran pembiasan cahaya dapat dilihat di sekitar Lembah Klang malam semalam.

Penolong Pegawai Sains Observatori Negara Langkawi, Karzaman Ahmad berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira lima kali sebulan bergantung kepada keadaan cuaca. Fenomena ini juga berlaku pada matahari iaitu yang dipanggil halo matahari.

“Halo berlaku apabila cahaya bulan atau matahari terpancar melalui kristal ais yang terdapat pada awan jenis sirus dan menyebabkan berlakunya pembiasan cahaya.

“Pembiasan tersebut akan menghasilkan warna pelangi dan kelihatan bentuk cincin yang dipanggil halo. Semalam kejadian ini juga boleh dilihat di Langkawi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Karzaman berkata, halo dengan warna pelangi akan kelihatan jelas bergantung kepada ketulan awan sirus yang berada di atmosfera dan pancaran cahaya bulan ataupun matahari.

Menurutnya, halo bulan yang berlaku semalam juga mungkin disebabkan keadaan yang berawan pada masa ini.

Kalau korang perasan pada 10/10/2011 pada waktu petang dalam pukul 6.55PM bulan dah terpacak terang kat langit.. aneh kan, petang-petang bulan dah mengambang

SubahanaAllah Allah Hu Akbar..




Adbox